Berita Harian

Pencemaran di perairan Sabah kian membimbang­kan

Keadaan dikhuatiri jejas ekosistem jika tak ditangani

- Oleh Suzianah Jiffar

Tidak hanya pesisir pantai, pencemaran sampah turut dikesan berlaku di perairan Sabah, dengan keadaannya cukup membimbang­kan kerana boleh menjejaska­n ekosistem jika tidak ditangani segera.

Bekas ketua sukarelawa­n Trash Hero Borneo, Monica Chin, mendedahka­n jika keadaan di pesisir pantai agak teruk, keadaan di kawasan permukaan dan dalam laut turut ‘mengejutka­n’ kerana dipenuhi sampah sarap.

Beliau yang kini Pengarah

Pendidikan dan Masyarakat, Pusat Kajian Pendidikan Konservasi Ara Dinawan (ADRECC) menjelaska­n pengalaman sebagai sukarelawa­n dalam badan bukan kerajaan (NGO) itu memberi peluang kepadanya menemui pelbagai jenis sampah di Perairan Sabah.

“Dalam tempoh dua tahun bersama Trash Hero Borneo, 125 aktiviti pembersiha­n di kawasan pantai dan perairan sekitar negeri ini, termasuk Kota Kinabalu, Kudat, Semporna, Kunak, Tuaran, Sandakan, Papar, Kota Marudu dan Kuala Penyu.

Kutip 147,555kg sampah

“Keseluruha­nnya, 147,555 kilogram (kg) sampah sarap dikutip daripada sekecil puntung rokok sehingga sebesar peti ais dua pintu pernah ditemui di dasar laut. Malah, kita turut menemui mesin basuh, kerusi pejabat, tayar tetapi paling banyak bekas dan botol plastik,” katanya.

Seramai 3,992 sukarelawa­n termasuk 1,155 adalah kanakkanak menyertai aktiviti pembersiha­n sampah sarap di kawasan pantai termasuk di Tanjung Lipat dan Tanjung Aru di Kota Kinabalu, selain di Kudat; Kota Marudu; Pulau Mabul, Semporna dan Kuala Penyu, dalam tempoh dua tahun lalu.

Monica menjelaska­n, walaupun keadaan di perairan Kota Kinabalu membimbang­kan, namun tahap kesedaran orang ramai khususnya generasi muda, mengenai pentingnya menjaga persekitar­an semakin meningkat.

“Semakin banyak NGO membuat aktiviti pembersiha­n, ceramah kesedaran, aktiviti seperti menjaga dan memulihara alam sekitar. Saya akan menyokong supaya lagi ramai yang terus sedar. Ini membuktika­n anak muda semakin peka terhadap kepentinga­n alam sekitar,” katanya.

Mengulas tindakan penyelesai­an yang perlu diambil, beliau berkata, salah satunya ialah menguatkua­sakan tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggun­gjawab.

Keseluruha­nnya, 147,555kg sampah dikutip daripada sekecil puntung rokok sehingga sebesar peti ais dua pintu ditemui di dasar laut. Tetapi paling banyak bekas dan botol plastik” Monica Chin, Bekas ketua sukarelawa­n Trash Hero Borneo

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia