Berita Harian

H Harvester Cutter mampu tingkat hasil tuaian sawit

Mesin mampu tuai lima tan setiap hari dengan seorang pengendali

- Oleh Mohd Roji Kawi

Hasrat meningkatk­an hasil tuaian kelapa sawit dengan meminimumk­an kos serta penguranga­n tenaga kerja dalam proses itu kini tercapai melalui ciptaan terbaru mesin penuai oleh sebuah syarikat perladanga­n, di sini.

Prototaip mesin penuai dikenali sebagai ‘H Harvester Cutter’ itu, yang masih dalam ujian di Ladang Tiga di Bekenu, di sini, dihasilkan oleh gabungan jurutera tempatan dan China di Sarawak Plantation Berhad.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata penggunaan tenaga manusia masih diperlukan dalam sektor perladanga­n, namun dengan suntikan teknologi terkini, kerja di ladang dapat dilaksanak­an lebih pantas.

Justeru, katanya, kerajaan negeri bersetuju untuk bekerjasam­a rapat dengan Sarawak Plantation Berhad untuk memperhalu­si prototaip mesin penuai itu untuk membangunk­annya bagi tujuan pasaran komersial.

“Ciptaan ini sangat menarik dan ia satu lagi inovasi yang akan memudahkan industri kelapa sawit bukan sahaja di Sarawak tetapi saya percaya akan memberi manfaat dalam industri ini di seluruh negara.

Ciptaan lebih maju

“Sebelum ini mesin pemotong ‘Cantas’ sudah dibangunka­n, tetapi ‘H Harvester Cutter’ ini ternyata ciptaan yang lebih maju,” katanya selepas melihat prototaip mesin itu bersama Pengerusi Sarawak Plantation Berhad, Datuk Amar Hamed Sepawi, di sini, semalam.

Uggah berkata, antara masalah paling lama dihadapi dalam industri sawit ialah mendapatka­n pekerja mahir yang mencukupi untuk melakukan kerja penuaian.

“Saya percaya, apabila mesin ini dibangunka­n untuk pasaran, masalah itu akan dapat diatasi kerana mesin ini mampu membantu pekerja melakukan kerja lebih mudah dan cepat,” katanya.

Sementara itu, Hamed berkata, mesin itu mampu menuai lima tan buah kelapa sawit setiap hari dengan hanya seorang pekerja mengendali­kannya.

“Jika kerja dilakukan secara manual, seorang pekerja biasanya hanya mampu menuai kira-kira 1.5 tan sehari dan jumlah yang mampu dilakukan dengan penggunaan mesin ini ternyata jauh lebih tinggi.

“Jurutera kami mengambil masa tiga tahun untuk membangunk­an prototaip ini dan kini berusaha menjadikan­nya lebih mantap dengan menambah peralatan robotik kepada komponen mekanikal dan hidraulikn­ya,” katanya.

 ??  ?? Uggah melihat proses penuaian buah sawit menggunaka­n prototaip mesin dikenali sebagai ‘H Harvester Cutter’ di Ladang Tiga di Bekenu, Miri.
Uggah melihat proses penuaian buah sawit menggunaka­n prototaip mesin dikenali sebagai ‘H Harvester Cutter’ di Ladang Tiga di Bekenu, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia