Berita Harian

ROS TELITI DOKUMENTAS­I UMNO NEGERI, BAHAGIAN DIKAITKAN TERIMA WANG 1MDB

Penelitian dokumentas­i antara 41 penerima wang berkaitan 1MDB

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) sedang meneliti dokumentas­i UMNO negeri dan bahagian yang dinamakan sebagai antara 41 penerima wang berkaitan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Ketua Pengarah, Masyati Abang Ibrahim berkata, penelitian itu dibuat untuk mengenal

pasti jika terdapat pelanggara­n di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturanp­eraturan Pertubuhan 1984.

Katanya, tindakan itu dibuat susulan beberapa memorandum yang diterima agensi itu termasuk di pejabat cawanganny­a di Kelantan, Perak dan Perlis.

“Kita sudah melihat senarai dikeluarka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu termasuk individu, persatuan yang berdaftar serta parti politik. Dari segi parti politik, kita ada menerima beberapa memorandum desakan untuk menyatakan apa tindakan selepas SPRM mengeluark­an senarai terbabit.

“Tindakan kita ketika ini ialah meneliti memorandum berkenaan mengikut bidang kuasa yang diberikan, tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, kita tidak akan menyatakan apa-apa kerana perkara ini turut berada (dibicaraka­n) di mahkamah.

“Tiada tempoh masa ditetapkan untuk proses penelitian kerana (kemungkina­n) ada lagi perkara (lain) dari semasa ke semasa,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jelajah Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan Tahun 2019 (HIPER’19), di sini, semalam.

Pelbagai proses perlu dilalui

Ditanya mengenai kemungkina­n UMNO akan diharamkan, Masyati berkata, terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui sebelum sesebuah parti itu diharamkan.

“Kita tidak boleh kata ia akan diharamkan atau sebaliknya, kerana kita dalam proses meneliti dahulu. Banyak proses yang kita akan lihat, sekiranya ada yang tidak mematuhi akta di bawah bidang kuasa kita, kita akan maklumkan.

Isnin lalu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) menghantar memorandum kepada ROS bagi menggesa tindakan keras dikenakan ke atas UMNO yang didakwa menerima sejumlah RM212 juta yang dikatakan daripada 1MDB.

Ketua Penerangan, Ulya Aqamah Husamudin, dilaporkan berkata perbuatan rasuah itu adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan kerana wang 1MDB sepatutnya digunakan untuk pembanguna­n negara, bukan untuk kepentinga­n parti dan kegunaan UMNO.

SPRM sudah memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti bagi memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Antara yang dinamakan adalah UMNO, parti-parti politik, yayasan dan syarikat.

Pada majlis Jelajah HIPER semalam, sebanyak 30 kereta daripada Persatuan Subaru Selangor dan 20 motosikal dari Persatuan Ducati Kuala Lumpur dilepaskan.

Objektif penganjura­n Jelajah HIPER ialah mendekati pertubuhan dan masyarakat, mempromosi ROS kepada masyarakat dan sebagai platform untuk persatuan berdaftar berhimpun.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz bersama Masyati melepaskan peserta konvoi sempena Majlis Pelancaran Jelajah HIPER’19 di Putrajaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz bersama Masyati melepaskan peserta konvoi sempena Majlis Pelancaran Jelajah HIPER’19 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia