Berita Harian

KERAJAAN BAWA USUL SEMUA AHLI PARLIMEN MESTI ISYTIHAR HARTA

Langkah halang guna pengaruh sebagai ahli politik dapatkan bayaran

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkan­g mengisytih­arkan harta bertujuan menghalang mereka menggunaka­n pengaruh sebagai ahli politik dan pemimpin untuk mendapat bayaran.

Perdana Menteri berkata, usul yang akan dibentangk­an pada sidang Dewan Rakyat kali ini akan merangkumi semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkan­g dan tidak hanya tertumpu kepada wakil rakyat dari Pakatan Harapan (PH) saja.

“Ya, sepatutnya semua (Ahli Parlimen) akan isytihar harta mereka kerana parti pembangkan­g pun ada pengaruh. Kita tidak harus guna pengaruh untuk mendapat bayaran.

“Kita akan membawa usul ini di Dewan Rakyat. Sama ada diluluskan atau tidak, itu soal lain,” katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan ruang pameran Marvel Studios

di pusat beli-belah Pavilion, di sini, semalam.

Beliau ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Hanya Ahli Parlimen PH isytihar harta

Difahamkan, usul itu akan dibentangk­an oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila Dewan Rakyat bersidang mulai 1 Julai sehingga 18 Julai ini.

Pada masa ini, hanya Ahli Parlimen PH dikehendak­i mengisytih­arkan aset dan pendapatan mereka kepada SPRM walaupun ia bukan daripada dasar kerajaan dan tidak termaktub dalam undang-undang.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, pembukaan ruang pameran Marvel Studio itu akan menjana pendapatan ekonomi pelanconga­n negara.

“Saya fikir ramai akan datang melihat pameran ini. Ia luar biasa. Biasanya mereka melihat karakter dalam filem, sekarang dalam bentuk nyata.

“Malahan, dulu kalau hendak buat kartun kena lukis dengan tangan, sekarang tidak payah, tetapi guna animasi,” katanya.

Ditanya watak karakter Marvel yang digemari, Perdana Menteri berkata, beliau menyukai watak Thanos.

“Saya suka watak yang besar (Thanos). Yang pegang kapak. Saya suka sebab dia garang,” katanya.

Ya, sepatutnya semua (Ahli Parlimen) akan isytihar harta mereka kerana parti pembangkan­g pun ada pengaruh. Kita tidak harus guna pengaruh untuk mendapat bayaran” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bergambar bersama karakter Marvel Studios pada Majlis Perasmian Pameran Marvel Studios di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bergambar bersama karakter Marvel Studios pada Majlis Perasmian Pameran Marvel Studios di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia