Berita Harian

WANITA ASIA PERTAMA MENANG DANA PENYELIDIK­AN ARKITEK

Penerima dana RIBA Norman Foster Travelling Scholarshi­p fokus seni bina kawasan gempa

- Oleh Ahmad Suhael Adnan Kuala Lumpur

“Arkitek tidak semestinya perlu membina bangunan besar untuk membuat perubahan.”

Itu aspirasi Siti Nurafaf Ismail yang mahu melihat arkitek lebih berperanan dalam masyarakat, sekali gus mencetus kejayaanny­a

menjadi wanita Asia pertama menerima dana ‘The Royal Institute of British Architects (RIBA) Norman Foster Travelling Scholarshi­p’.

Pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Seni Bina di Universiti Malaya (UM) itu berjaya menewaskan ratusan pelajar lain menerusi kertas kerja bertajuk ‘Architectu­re of Humility’ (Seni Bina Rendah Diri), yang memberi fokus kepada peranan arkitek di kawasan bencana.

Siti Nurafaf, 21, berkata projek itu tercetus ketika sedang menjalani latihan praktikal bersama arkitek terkemuka, Prof Dr Jimmy Lim, selain mendapati tidak banyak kajian mengenai seni bina dan gempa bumi dilaksanak­an oleh orang Asia, sedangkan ia kerap berlaku di rantau itu.

“Saya menghantar kertas kerja yang disokong UM kepada Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) Travel Scholarshi­p, sebelum dianugerah­kan RM5,000 untuk memulakan projek ini di Lombok, Indonesia pada Januari lalu.

Kajian di Lombok

“Hasil kajian dan dokumentas­i di Lombok selama empat minggu, menjadi asas kepada kertas kerja yang dihantar untuk RIBA Norman Foster Travelling Scholarshi­p,” katanya ketika ditemui BH di UM, semalam.

Siti Nurafaf diumumkan sebagai penerima RIBA Norman Foster Travelling Scholarshi­p pada 14 Jun lalu, dan menerima dana berjumlah 7,000 pound (RM36,878) untuk melaksanak­an projek Architectu­re of Humility di Hokkaido, Jepun dan Karachi, Pakistan.

Di Lombok, katanya, beliau mendok umentasika­n pembinaan semula penempatan pasca gempa bumi di empat daerah dan mendapati ia lebih terarah pada konsep seni bina komuniti, iaitu penempatan dibina secara bersama oleh komuniti yang menyiapkan rumah untuk warga emas, wanita mengandung dan golongan memerlukan terlebih dahulu disebabkan jumlah arkitek tidak mencukupi di lapangan.

“Kesinambun­gannya adalah kajian dan dokumentas­i peranan arkitek dalam pembanguna­n semula di Hokkaido pada Ogos depan dan Karachi pada November, yang masing-masing terjejas dengan gempa bumi serta banjir.

“Peranan arkitek di kedua-dua lokasi berbeza kerana Pakistan masih dalam proses pemulihan serta lebih fokus kepada tenaga kerja komuniti, manakala Jepun lebih berpengala­man serta memiliki kelebihan teknologi untuk mempercepa­tkan pembanguna­n semula pasca bencana,” katanya.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga mahu mendapatka­n tunjuk ajar daripada dua arkitek terkemuka, Shigeru Ban di Jepun dan Yasmeen Lari di Pakistan, sekali gus menjadikan mereka mentor dalam penyelidik­annya.

“Saya juga memberi ruang kepada mana-mana arkitek, sama ada pelajar atau bukan, untuk menyertai saya di kedua-dua negara itu jika ada yang berminat untuk membuat kajian mereka di sana,” katanya.

Hasil kajian dan dokumentas­i di Lombok selama empat minggu, menjadi asas pada kertas kerja yang dihantar untuk RIBA Norman Foster Travelling Scholarshi­p” Siti Nurafaf Ismail, Pelajar Tahun Dua Sarjana Muda

Seni Bina UM

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] ??
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia