Berita Harian

10 syarikat dikenal pasti

PEMBALAKAN JEJAS HABITAT HAIWAN LIAR

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Penswastaa­n balak di Mersing yang dikenal pasti membabitka­n 10 syarikat dipercayai diluluskan pada zaman pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad, ketika mengesahka­n perkara itu, berkata pembabitan 10 syarikat berkenaan dikemukaka­n dalam laporan Jabatan Perhutanan Johor pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bersidang kelmarin.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri sedang menunggu laporan mengenai kesahihan gambar satelit peta Google yang menunjukka­n beberapa lokasi hutan di Mersing sudah gondol akibat kegiatan pembalakan.

Sudah dimaklum MB

“Saya dimaklumka­n oleh Menteri Besar, beliau sudah menerima laporan daripada Datuk Jeffri Abd Rasid (Pengarah Perhutanan negeri) dan difahamkan imej peta Google itu adalah imej lama, yang mana kita sedang menunggu pengesahan.

“Bagaimanap­un, saya difahamkan ia (pembalakan) adalah projek yang diluluskan kerajaan lama (BN) iaitu penanaman hutan getah membabitka­n 10 syarikat yang diberi kelulusan.

“Perincian mengenainy­a (10 syarikat) akan dimaklumka­n Menteri Besar selepas mendapat laporan bertulis lengkap daripada Pengarah Perhutanan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) di Galeri Sunway Iskandar.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani.

Dzulkefly berkata, beliau juga mengharapk­an laporan penuh mengenai isu pembalakan itu dapat diterima sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) disambung Ahad ini.

Mahu bersikap telus, pandang serius

“Kita sebagai kerajaan negeri mahu bersikap telus dan memandang serius mengenai isu pembalakan di Mersing ini selain mahu rakyat juga maklum mengenai perkembang­an masalah ini,” katanya.

Pada 16 Jun lalu, BH mendedahka­n sekurangku­rangnya tiga lokasi di Jalan Jemaluang-mersing dikesan semakin gondol akibat kerja pembalakan dan peta Google turut menunjukka­n lokasi pembalakan terbabit berada di kawasan sekitar Hutan Simpan Lenggor dan Gunung Arong.

Kawasan pembalakan membabitka­n hutan lebih 30 hektar itu dipercayai dijalankan sejak kira-kira lima tahun lalu.

Mersing adalah daerah ketiga terbesar dari segi keluasan tanah di Johor iaitu seluas 283,608 hektar dengan jumlah penduduk seramai 69,947 orang.

 ??  ??
 ??  ?? Dzulkefly Ahmad
Dzulkefly Ahmad
 ??  ?? Keratan akhbar BH 16 Jun.
Keratan akhbar BH 16 Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia