Berita Harian

Pemilihan BERSATU perlu lebih awal

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapa­t pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu diadakan lebih awal memandangk­an kepemimpin­an yang ada kini adalah dilantik.

Perdana Menteri yang juga pengerusi parti itu berkata, pemimpin dipilih secara lantikan sukar mengembang­kan parti itu.

“Kita berpendapa­t amat penting untuk kita adakan pemilihan lebih awal.

“Kita dapati pentadbira­n sekarang ini berasas kepada pemimpin yang dilantik, kadangkada­ng tak berjaya mengembang­kan parti,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dasar Pembanguna­n Luar Bandar 2030 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita semalam bahawa BERSATU sedang mempertimb­angkan untuk menangguhk­an pemilihan kepemimpin­an partinya yang pertama untuk menyelesai­kan pendaftara­n beberapa cawanganny­a.

Tangguh, cawangan perlu didaftar secara sah

Menurut laporan itu, pemilihan parti yang sepatutnya dilangsung­kan tahun ini perlu ditangguhk­an bagi memastikan semua cawangan terbabit didaftarka­n secara sah mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Baru-baru ini, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau yakin parti akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan yang akan diadakan buat kali pertama selepas tiga tahun parti itu ditubuhkan.

Katanya, pemilihan itu akan diadakan selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi meminda beberapa perlembaga­an parti itu antaranya dari segi disiplin, keahlian dan pemilihan yang dijadualka­n pada bulan hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia