Berita Harian

Senarai terbaru lagi dua minggu

SPRM perlu masa buat penelitian lanjut individu, entiti bakal terima saman

-

Senarai terbaru individu dan entiti terbabit kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) yang difailkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan dikeluarka­n sekurang-kurangnya dalam

tempoh dua minggu lagi.

Timbalan Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya memerlukan masa untuk membuat penelitian lanjut mengenai saksi, lokasi aset dan pelbagai aspek lain memandangk­an senarai responden itu terlalu panjang.

“Kami perlu tengok balik dan menyenarai pendek dahulu namanama yang kami ada ini sebab ada banyak perkara perlu dibincang dengan pegawai penyiasat dan pihak peguam negara, yang mana boleh diambil tindakan undangunda­ng, kami akan lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penutupan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 23 Bil 1/2018 dan Kursus Peralihan (Pengurusan dan Profesiona­l) Siri 4/2019, di sini, semalam.

Bagaimanap­un Azam enggan mendedahka­n anggaran jumlah individu dan entiti yang bakal menerima saman itu, namun menyaranka­n mana-mana pihak yang pernah menerima dana berkenaan supaya memulangka­nnya semula.

Dinasihat pulangkan dana

“Sebenarnya, mereka sendiri tahu yang mereka ada terima wang (dana 1MDB) kerana ia diberi dalam bentuk cek, bukan secara tunai.

“Nasihat saya, eloklah mereka pulangkan semula (dana 1MDB) sebab tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA),” katanya.

Kelmarin, Azam dilaporkan berkata, lebih banyak lagi saman itu akan dikeluarka­n susulan suruhanjay­a berkenaan sudah memfailkan saman terhadap 41 individu dan entiti pada minggu lalu bagi mendapatka­n kembali RM270 juta dana 1MDB.

Tiada siapa terkecuali

Sementara itu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Latheefa Koya, ketika ditemui pada majlis sama berkata, tiada siapa akan terkecuali daripada disiasat agensi itu selagi wujud laporan mengaitkan individu tertentu dengan gejala rasuah.

Katanya, siasatan akan dijalankan jika suruhanjay­a itu menerima laporan berkaitan rasuah yang relevan daripada penyalur maklumat.

“Kami akan menyiasat apa sahaja dan siapa sahaja selagi ada aduan kepada SPRM. Cuma kami tidak boleh memberi komen sejauh mana penyiasata­n sedang dijalankan. Jika ada pihak yang mempunyai aduan di bawah bidang kuasa SPRM, kami akan membuat susulan.

“Bagaimanap­un, kami harus bersikap adil dengan meneliti terlebih dahulu maklumat yang diterima sama ada ia benar membabitka­n isu rasuah dan akta SPRM, ataupun merujuk kes kepada agensi penguatkua­saan lain,” katanya.

 ??  ?? Azam Baki
Azam Baki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia