Berita Harian

Kerajaan rangka Indeks Kos Sara Hidup

Mekanisme tentukan keperluan minimum nikmati hidup selesa

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kerajaan sedang merangka Indeks Kos Sara Hidup sebagai pelengkap kepada Indeks Harga Pengguna (IHP).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata indeks baharu itu adalah untuk menentukan minimum kos sara hidup yang diperlukan seseorang individu untuk menikmati hidup yang selesa.

Beliau berkata ia juga akan membantu kerajaan membuat dasar yang lebih tepat dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata selain itu, kerajaan juga menangani kos sara hidup rakyat dengan mengekang kuasa monopoli agar kebajikan rakyat terpelihar­a.

Katanya, antara contoh terbaik yang membuktika­n kesungguha­n kerajaan dalam menangani masalah kuasa monopoli adalah meningkatk­an kelajuan jalur lebar sambil memastikan harga perkhidmat­an berkenaan berada pada tahap

yang berpatutan.

Katanya, perkhidmat­an jalur lebar yang laju, murah dan boleh dipercayai adalah kunci kepada usaha pendigital­an ekonomi Malaysia.

Kenaikan kos sara hidup terkawal

Guan Eng berkata, kerajaan juga berjaya mengawal kenaikan kos sara hidup secara aktif.

Beliau berkata, ia dibuktikan dengan kadar inflasi kekal rendah dan stabil pada paras 0.2 peratus pada Mac, April dan Mei 2019.

Selain itu, Guan Eng berkata, kerajaan juga sedang menilai dan merangka pelan baharu bagi menggalakk­an setengah juta belia di negara ini bekerja menerusi pelbagai program.

Beliau berkata, ia inisiatif penting sejak kadar penganggur­an belia meningkat kepada 10.9 peratus pada 2018 berbanding 9.9 peratus pada 2011.

“Kadar itu lebih tinggi berbanding kadar penganggur­an kebangsaan 3.4 peratus,” katanya pada Konsultasi Belanjawan 2020 bertemakan

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Guan Eng bersama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir pada Majlis Konsultasi Belanjawan 2020 di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Guan Eng bersama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir pada Majlis Konsultasi Belanjawan 2020 di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia