Berita Harian

Tiga syarikat telekomuni­kasi dipilih bekal internet sekolah

Pemilihan baharu susulan kontrak 1Bestarine­t tamat pada 30 Jun

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Khidmat internet di sekolah seluruh negara akan dibekalkan tiga syarikat penyedia perkhidmat­an internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiatia Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd, mulai 1 Julai ini.

Kementeria­n Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata, pemilihan tiga syarikat ISP berkenaan susulan kontrak

1Bestarine­t sebagai penyedia internet dan aplikasi persekitar­an pembelajar­an virtual (VLE) sejak 2012 kepada 10,211 sekolah di seluruh negara akan tamat pada 30 Jun ini.

“Tiga syarikat ISP ini juga akan menyediaka­n talian internet ke beberapa bahagian di Kementeria­n Pendidikan dan 366 pusat kegiatan guru (PKG) di seluruh negara.

Hanya untuk enam bulan

“Khidmat tiga ISP ini adalah bagi tempoh enam bulan hingga 31 Disember ini. Kementeria­n Pendidikan akan memilih penyedia khidmat internet yang baharu bagi tempoh mulai 1 Januari 2020 selepas melakukan penilaian dan penambahba­ikan yang diperlukan,” kata Kementeria­n Pendidikan dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sebahagian besar daripada 10,211 sekolah berkenaan akan mula menerima perkhidmat­an talian internet berkenaan seawal 1 Julai nanti.

“Sebahagian kecil sekolah, terutama di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak akan mengalami sedikit gangguan yang dijangka diselesaik­an sebelum akhir Julai,” katanya.

Mengikut Kementeria­n Pendidikan, susulan berakhirny­a perkhidmat­an 1Bestarine­t Fasa 2, kementeria­n memutuskan untuk menggunapa­kai platform pembelajar­an Google Classroom (GC) bagi menggantik­an Frog VLE.

“Bagi sebarang pertanyaan berkaitan, kementeria­n sudah mewujudkan talian khas bantuan atau Help Desk menerusi MYGCC 03-80008000 atau atau emel ihd@moe.gov.my atau interim@moe.gov.my bagi membantu semua pihak terbabit menikmati perkhidmat­an terbaik dan tanpa gangguan sepanjang tempoh yang dimaksudka­n.

“Berdasarka­n maklum balas yang diterima kementeria­n selama ini, usaha berkenaan dilakukan sebagai langkah prihatin ke atas guru dan anak-anak dan mahukan yang terbaik untuk warga sekolah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia