Berita Harian

Jawatankua­sa khas bincang kaedah kawalan vape

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan menubuhkan sebuah jawatankua­sa khas untuk merumus kaedah kawalan terhadap penggunaan rokok elektronik (e-cigarette) atau vape.

Menteri, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Kabinet dalam mesyuaratn­ya kelmarin setuju dengan penubuhan jawatankua­sa khas itu yang diketuai timbalanny­a, Dr Lee Boon Chye.

“Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut mengenai perkara ini tetapi ia membabitka­n kawalan terhadap penggunaan alat ini,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kesedaran Persekitar­an Bebas Amalan Merokok sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2019 di sini, semalam.

Kaji kandungan cecair perisa vape

Yang turut hadir, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris; Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Profesor Dr Zamberi Sekawi dan Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Profesor Datuk Dr Lekhraj Rampal.

Sebelum ini, pentadbira­n kerajaan terdahulu sudah menubuhkan satu jawatankua­sa berhubung penggunaan vape bagi menyeragam­kan langkah kawalan terhadap vape secara menyeluruh.

Jawatankua­sa itu juga mengkaji kandungan cecair perisa vape mengikut peruntukan Akta Racun 1952, bagi menentukan sama ada ia mempunyai bahan yang menjejaska­n kesihatan.

Penyebab utama jangka hayat mendatar

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Dzulkefly berkata, penyakit akibat asap rokok menjadi antara penyebab utama jangka hayat rakyat Malaysia mendatar dalam tempoh 12 tahun kebelakang­an ini.

Katanya, penyakit akibat asap rokok tergolong dalam penyakit tidak berjangkit (NCD) yang jelas menyumbang kepada kematian tinggi di negara ini.

“Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75 tahun iaitu 73 bagi lelaki dan 75 bagi wanita dan kajian ini menunjukka­n tiada perubahan jangka hayat rakyat kita sejak lebih sedekad lalu berbanding negara jiran.

“Kita tidak mahu kematian rakyat negara sebelum ‘tempoh pramatang’ (purata 75 tahun) ini disebabkan penyakit-penyakit berpunca daripada asap rokok.

“Kita boleh membina seberapa banyak hospital dan menaik taraf kesihatan tetapi jika amalan kesihatan tidak dijaga, ia tidak akan memberi makna,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, beliau menyatakan usaha untuk mengelakka­n orang ramai tidak merokok di tempat awam menunjukka­n perkembang­an positif kerana masyarakat dan premis sudah bekerjasam­a.

“Hingga Mei lalu, daripada 103,916 premis yang diperiksa, hanya 24,784 premis yang tidak mempunyai (tanda) larangan merokok,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia