Berita Harian

Tiada siasatan PAC projek kereta terbang

-

Kuala Lumpur: Perbincang­an mengenai projek ‘kereta terbang’ sudah selesai dan tiada siasatan mengenainy­a, kata Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat daripada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan yang dijalankan terhadap projek itu.

“Setakat yang saya tahu, tiada sebarang siasatan yang dibuat. Perbincang­an mengenai projek itu selesai hanya dalam satu sesi yang sudah dijalankan sebelum ini.

“Kita (kementeria­n) juga belum menerima sebarang maklumat daripada PAC. Saya rasa media ketinggala­n dan itu adalah cerita lama,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Majlis Perundinga­n Program Pembanguna­n Vendor (MPPPV) di sini, semalam.

PAC mahu tahu syarikat

Mohd Redzuan berkata, projek berkenaan sememangny­a tidak menggunaka­n dana kerajaan, mahupun duit rakyat.

“Dalam mesyuarat PAC tiga bulan lalu, ia hanya ingin (kami) maklumkan mengenai siapakah syarikat persendiri­an yang akan membangunk­an kereta terbang itu.

“Kita tidak membelanja­kan satu sen duit kerajaan. Sampai ke hari ini, satu sen pun kita tidak belanjakan.

“Kementeria­n bukannya menjalanka­n perniagaan, kita hanya memudahkan perniagaan dan memudahkan pelaburan.

“Kementeria­n berperanan mewujudkan ekosistem yang boleh merangsang­kan pembanguna­n ekonomi, penggunaan teknologi dan sebagainya,” katanya.

Katanya, kerajaan tidak boleh membelanja­kan duit rakyat kecuali dari segi perbelanja­an Menteri Pembanguna­n Usahawan pengurusan.

Media semalam melaporkan, PAC sudah memulakan prosiding terhadap projek ‘kereta terbang’ bagi menyiasat sama ada projek itu menggunaka­n dana awam.

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dipetik sebagai berkata, siasatan tetap dijalankan walaupun Mohd Redzuan yang mencadangk­an projek itu sebelum ini pernah berkata bahawa ia tidak dibiayai oleh dana kerajaan.

Selain itu, Kah Woh berkata, beberapa individu lagi akan dipanggil termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Perdaganga­n) Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Norazman Ayob.

Pada Februari lalu, Mohd Redzuan berkata, prototaip kereta terbang sudah ada dan dijangka diperkenal­kan kepada awam tahun ini, yang menurutnya kos untuk membina prototaip berkenaan akan melebihi RM1 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia