Berita Harian

Akta baharu mantapkan NIOSH, DOSH

Pengasinga­n bolehkan peranan dimainkan lebih baik

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Kementeria­n Sumber Manusia bercadang mewujudkan akta baharu bagi mengasingk­an Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) daripada Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Menterinya, M Kulasegara­n, berkata pengasinga­n itu perlu dibuat supaya NIOSH dapat menumpukan peranan dalam pelaksanaa­n program latihan manakala DOSH bertanggun­gjawab dalam penguatkua­saan.

“Sudah tiba masanya peranan NIOSH diasingkan daripada DOSH dan menjadi badan bebas, sekali gus dapat memainkan peranannya dengan lebih mustahak.

Buat analisis

“Kementeria­n sudah melakukan analisis dan berpendapa­t satu akta baharu perlu diwujudkan berkaitan NIOSH. Sebaik sahaja kajian siap, saya akan bawa perkara ini kepada Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri NIOSH 2019, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Ayop Salleh.

Kulasegara­n berkata, pihaknya menjangka dapat menyiapkan kajian itu dalam tempoh dua bulan untuk dibentangk­an kepada Kabinet.

“DOSH bertanggun­gjawab dalam menjalanka­n penguatkua­saan manakala NIOSH memainkan peranan penting dalam melaksanak­an program latihan,” katanya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL /BH] ?? Kulasegara­n dan Lam Thye beramah mesra bersama tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri NIOSH 2019.
[FOTO ROSELA ISMAIL /BH] Kulasegara­n dan Lam Thye beramah mesra bersama tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri NIOSH 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia