Berita Harian

Kembalikan kuasa, makna sebenar kesatuan pelajar

-

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 diperkenan­kan oleh Yang dipertuan Agong pada 27 April 1971 dan mula dikuatkuas­akan pada 30 April tahun sama. Tujuannya untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelengg­araan dan urus tadbir universiti serta kolej universiti awam di Malaysia.

Namun, sebahagian kuasa akta ini diletakkan di bawah Kementeria­n Pengajian Tinggi ketika itu. Kemudian berlaku beberapa pindaan pada 1975 (Akta A295), 1983 (Akta A550) dan 1995 (Akta A496) menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Akibat pindaan itu, tercetusny­a kontrovers­i kerana bercanggah dengan peruntukan terkandung dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan melanggar hak asasi mahasiswa.

Akta Pindaan A295 pada Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C adalah bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang dan mencabuli hak keadilan mahasiswa.

Mahasiswa tidak dibenarkan sama sekali untuk menyertai mana-mana badan parti politik di Malaysia atau kesatuan sekerja dan juga penggabung­an antara badan pelajar.

Selain itu, akta ini juga menjadi benteng penghalang kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam memberi pendapat secara bebas. Ia bertentang­an Perkara 10(1) Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan

hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatu­an adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warga negara Malaysia.

AUKU 1971 juga termaktub mengenai badan kesatuan pelajar yang turut juga dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kesatuan pelajar atau student union pernah menjadi sejarah di Universiti Malaya (UM).

MPP UM memiliki bidang kuasa yang lebih luas dan mampu membuat percaturan dan melaksanak­an sebarang aktiviti pelajar tanpa sekatan oleh mana-mana pihak. Namun, bidang kuasa MPP di universiti hari ini tidak memberi makna sebenar bagi kesatuan pelajar seperti yang dilaksanak­an di luar negara akibat penubuhan AUKU.

Mahu kebebasan ketengah isu pelajar

MPP universiti seharusnya mempunyai hak kebebasan bersuara yang lebih luas dalam mengetenga­hkan isu pelajar dan bukan hanya menjadi ‘pak turut’ kepada pentadbira­n, tetapi menjadi pencetus serta nadi kepada seluruh mahasiswa universiti.

Hal ini amat mengecewak­an majoriti mahasiswa universiti menyebabka­n tercetusny­a revolusi mahasiswa di beberapa universiti awam untuk mengembali­kan hak kebebasan dan keadilan mereka.

Kewujudan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (Akta 174) yang dipengerus­ikan oleh Khairul Najib Hashim pada 2012 menunjukka­n betapa mahasiswa mengambil serius dan tegas pemansuhan Akta 174 yang menindas mahasiswa di universiti-universiti awam.

Bagaimanap­un, pada 10 Disember 2018 sejarah tercipta apabila berlaku pindaan terhadap AUKU 1971 yang membenarka­n mahasiswa terbabit aktiviti politik, di mana ia dipersetuj­ui sebulat suara Dewan Rakyat.

Pemansuhan kepada Seksyen 15(2)(c) AUKU 1971 sekali gus memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa universiti awam untuk bergiat dalam bidang politik di dalam kampus.

Saya kira ini satu peluang yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh mahasiswa di Malaysia dalam memperjuan­gkan slogan kebebasan akademik, serta akan lebih terkehadap­an dalam aspek kepemimpin­an.

Berita gembira sekali lagi didengari mahasiswa pada 21 Jun lalu apabila Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mengadakan mesyuarat membincang­kan berkaitan kerangka dasar kebebasan akademik dan autonomi di universiti.

Antara tindakan yang akan diambil adalah mengadakan satu akta pendidikan tinggi baharu bagi memansuhka­n dan menggantik­an AUKU 1971, Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan aktaakta yang membabitka­n institusi pendidikan tinggi yang bersifat akademik.

Ini berlaku kerana hasratnya untuk memberi kebebasan bersuara kepada mahasiswa universiti memandangk­an golongan sasar itu sudah boleh berfikir secara matang yang disertakan dengan sikap tanggungja­wab.

Beliau juga mengingatk­an agar kebebasan diberikan ini tidak memecah belahkan masyarakat yang berbilang kaum dalam negara.

Kesimpulan­nya, segala idea dan cadangan terhadap pelaksanaa­n akta kepada universiti dan kolej universiti seharusnya perlu dikaji dengan lebih terperinci, supaya tidak bercanggah hak kebebasan dan keadilan untuk mahasiswa dan ahli akademik.

Kerajaan perlu bersikap lebih terbuka dan seharusnya meletakkan kepercayaa­n kepada mahasiswa yang sudah mampu untuk berfikir lebih matang dan bersikap profesiona­l, terutama dalam membabitka­n diri dalam bidang politik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia