Berita Harian

Pemimpin perlu kikis imej aristokrat

-

Slogan ‘Pemimpin Berjiwa Rakyat’ sering kali dijadikan ungkapan dan ia mudah disebut, tetapi sebenarnya agar sukar untuk dilaksanak­an. Berjiwa rakyat menuntut pemimpin menyelami hidup rakyat - sedih, derita, suka dan duka agar khidmat bakti dicurah benarbenar menepati kehendak mereka sebagai pelanggan utama. Mesej Perdana Menteri agar pemimpin di negara ini sentiasa menyelami penderitaa­n rakyat, selari dengan slogan ini. Banyak juga pemimpin yang tiba-tiba bertukar imej kepada ala ‘aristokrat’ selepas menang pilihan raya, sehingga sukar didekati rakyat. Sikap ini harus dikikis kerana ia melebarkan jurang antara pemimpin dan rakyat. Selaku individu dipilih dan diangkat rakyat, menjadi tanggungja­wab pemimpin berkhidmat bakti kepada pengundi. Kita tidak mahu ada pemimpin ‘bermusim’ yang hanya muncul ketika pilihan raya, namun tidak nampak batang hidung pun selepas menang. Lebih teruk, ada pusat khidmat wakil rakyat disediakan di kawasan, namun pemimpin jarang sekali tunjuk muka. Rakyat tidak mahu ‘bulan bintang’ sebaliknya cukup jika masalah dihadapi mereka didengari dan diberi perhatian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia