Berita Harian

Harapan kepada Mohd Bakke pulih FELDA

-

Tahniah kepada FELDA kerana menerima tunjang baharu. Tan Sri Mohd Bakke Salleh bukan lagi nama asing, malah kehadiran beliau sebagai Pengerusi FELDA yang baharu ibarat memenuhi tuntutan untuk melihat agensi menaungi 112,635 warga peneroka itu, diterajui individu yang memiliki pengalaman luas dalam sektor peladangan. Tiada alasan boleh diberikan untuk menidakkan kelayakan Mohd Bakke. Justeru, kita menaruh harapan tinggi untuk melihat pengalaman luas beliau ketika bersama pelbagai agensi termasuk Sime Darby Plantation­s, dimanfaatk­an untuk kembali memajukan FELDA. Kita percaya usaha awal sudah dimulakan Pengerusi FELDA terdahulu, Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dan kini tanggungja­wab itu dipikul pula Mohd Bakke. FELDA memerlukan suntikan baharu dan pastinya pengalaman Mohd Bakke akan mengukuhka­n lagi misi pemulihan yang dirangka melalui Kertas Putih yang dibentangk­an sebelum ini, sekali gus membantu mengangkat kembali martabat FELDA sebagai agensi yang disegani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia