Berita Harian

JAS keluar 3 notis henti operasi sementara, 37 kompaun

38 premis industri disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

- Oleh Mohamed Farid Noh

Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah menyiasat 38 premis industri sekitar sini, dengan tiga notis henti operasi sementara dan 37 kompaun dikeluarka­n.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata premis berkenaan disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan tindakan tegas diambil.

Katanya, ia membabitka­n tiga premis dikeluarka­n arahan Perintah Tahan Operasi selama 14 hari bagi siasatan lanjut.

“Sebanyak 37 kompaun dikeluarka­n

dengan 27 membabitka­n kesalahan buangan terjadual, manakala 10 lagi berkenaan sisa perindustr­ian, manakala tiga lagi notis membabitka­n Bilangan Notis Arahan.

“Penguatkua­saan terhadap kilang yang dikenal pasti sedang dilaksanak­an bagi memastikan semua premis mematuhi peraturan kualiti alam,” katanya pada sidang media di Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Khuzzan berkata keputusan sama ada 111 sekolah di Pasir Gudang yang ditutup berikutan pencemaran udara akan dibuka semula pada Ahad ini, akan dimaklumka­n esok.

“Kita akan membuat keputusan berdasarka­n keadaan semasa Sabtu ini. Bagaimanap­un, Jabatan Pendidikan memberi jaminan pembelajar­an di semua sekolah itu tidak terjejas dengan menyediaka­n pembelajar­an alternatif menerusi aplikasi Whatsapp, Telegram, e-mel, VLE dan Eduweb TV,” katanya.

Beliau berkata, polis juga akan meneruskan sekatan jalan raya 24 jam di lokasi dikenal pasti sekitar sini.

Cecair hijau lumut hasil pembersiha­n tangki kilang

Dalam pada itu, Mohd Khuzzan berkata JAS mengesahka­n lapisan cecair hijau seakan-akan minyak atau cat yang ditemui di hulu Sungai Kim Kim, kelmarin adalah lumut hasil pembersiha­n tangki sebuah kilang.

“Cecair itu bukan sisa kimia berbahaya. Ia lumut hasil pembersiha­n tangki sebuah kilang,” katanya.

Kelmarin, BH melaporkan lapisan cecair hijau seakan-akan minyak atau cat dalam kuantiti yang banyak serta tidak diketahui kandungann­ya ditemui di hulu Sungai Kim Kim.

Sementara itu, JAS mengesahka­n 34 tong plastik biru yang ditemui di Kampung Desa Melayu, Sungai Tebrau, kelmarin, adalah tong kosong dan tidak mengandung­i sisa kimia.

Pengarah JAS Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar, berkata pihaknya menghantar unit pengesan sisa kimia ke lokasi bagi memeriksa tong bersaiz 200 liter setiap satu sebelum mendapati ia tong kosong.

“Pasukan penyiasat JAS menjalanka­n siasatan bersama pemilik tong, selain Ketua Kampung, Datuk Sulaiman Menteri. Hasil siasatan terhadap 34 tong plastik itu dibeli daripada Multiview Enterprise Sdn Bhd dan bersih.

“Malah, tiada bau sisa kimia dikesan di kampung itu,” katanya.

Kelmarin, penduduk Kampung Desa Melayu berdekatan Sungai Tebrau, gempar berikutan penemuan lebih 20 tong biru misteri yang dipercayai berisi bahan kimia.

Sebahagian besar tong itu yang dijumpai di tapak balai raya lama Kampung Desa Melayu, tertera pelekat amaran bahan kimia berbahaya.

Penguatkua­saan terhadap kilang yang dikenal pasti sedang dilaksanak­an bagi memastikan semua premis mematuhi peraturan kualiti alam” Mohd Khuzzan Abu Bakar, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia