Berita Harian

Jarak sekolah, kawasan industri

-

air kencing mangsa yang dianalisis.

Kakitangan swasta, Norlina Mohd Yassin, 36, berharap kerajaan negeri mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani isu pencemaran udara.

“Sampai bila sekolah perlu ditutup setiap kali pencemaran berlaku kerana ia menjejaska­n murid. Jika anak sakit, ibu bapa pun perlu bercuti bagi memantau keadaan anak, apatah lagi kejadian pencemaran udara sudah berlaku buat kali kedua,” katanya.

Pantau bacaan kualiti udara

Sementara itu, empat Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) membabitka­n 60 anggota digerakkan bagi memantau bacaan kualiti udara di kawasan perindustr­ian, sekolah dan taman perumahan sekitar sini.

Pakar HAZMAT Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba Mohammad Idris, berkata anggota berkenaan diaktifkan hampir 24 jam sehari bagi mendapatka­n bacaan kualiti udara sejak 20 Jun lalu.

Bacaan kualiti udara menggunaka­n alat pengesan gas kimia, Gasmet diambil tiga kali sehari bermula jam 9 hingga 11 pagi, jam 3 hingga 4 petang dan jam 9 hingga 11 malam.

“Setakat ini, kualiti udara di beberapa lokasi kawasan industri yang dipantau masih dalam keadaan normal namun ia bergantung kepada tiupan angin dan cuaca.

“Bagaimanap­un, HAZMAT bersiap sedia untuk sebarang kemungkina­n dan semua data akan dilaporkan terus kepada Jawatankua­sa Saintifik untuk analisis,” katanya yang ditemui membuat pemantauan bacaan kualiti udara di kawasan Perindustr­ian Jalan Platinum.

Ditanya sama ada pemantauan bacaan kualiti udara dilakukan di kawasan 30 kilang yang dipantau kerajaan negeri, Mohammad enggan mengulas lanjut.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia