Berita Harian

Rezeki menabung RM30 setiap bulan

-

dan teruja memenangi hadiah lumayan. Itu antara perasaan yang dirasai pemenang Cabutan WOW! SSPN-I Plus 2018.

Azmi Yusof, 42, berkata beliau tidak menyangka berjaya mendapat cabutan hadiah bernilai RM100,000.

“Saya mula menabung RM30 setiap bulan sejak April 2018 untuk tiga anak saya selepas mendapat nasihat daripada ipar.

“Tabungan itu adalah daripada pencen arwah isteri saya dan saya menganggap ini rezeki anak dan saya akan terus menyimpan untuk mereka,” katanya yang nekad berhenti kerja dan berniaga demi menjaga anak.

Bagi pemenang Cabutan Khas Penerima APC, Kamilia Hani Abdul Halim, 39, hadiah APC berupa SSPN diterima daripada Tourism Malaysia ini dianggap sebagai simpanan tambahan walaupun masih bujang.

Insentif APC

“Walaupun belum berkahwin, saya tetap mendapat faedah disediakan oleh SSPN,” katanya.

Wakil penerima penghargaa­n kepada majikan APC, Deputi Superinten­dan (DSP) cawangan Perkhidmat­an Jabatan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Dr Sivabalan Suppiah, berkata ini adalah tahun pertama PDRM menggunaka­n SSPN sebagai insentif APC dengan memberikan sebanyak RM1,000 kepada 9,981 kakitangan­nya.

Maklumat lanjut mengenai SSPN boleh layari www.lovesspn.com.

 ??  ?? Kamilia Hani (kiri) dan Nas Liana Ahmad Nasi menunjukka­n hadiah yang dimenangi di Kuala Lumpur, semalam.
Kamilia Hani (kiri) dan Nas Liana Ahmad Nasi menunjukka­n hadiah yang dimenangi di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia