Berita Harian

Presiden UMNO berdepan 87 pertuduhan

-

Kuala Lumpur: Pendakwaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di mahkamah semalam adalah untuk kali kelima dengan 87 jumlah tuduhan sudah dikenakan terhadapny­a.

Presiden UMNO yang berusia 66 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap keseluruha­n 87 tuduhan itu yang merangkumi 48 tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dengan nilai lebih RM171 juta.

Kesemua pendakwaan terhadap Ahmad Zahid itu dilakukan pada 19 Oktober 2018; 14 Disember 2018; 20 Februari lalu serta kelmarin dan semalam di Mahkamah Sesyen, di sini dan Shah Alam.

Didakwa terbabit dalam transaksi aktiviti haram

Bapa kepada lima anak itu didakwa untuk kali pertama pada 19 Oktober 2018 di Mahkamah Sesyen, di sini, dengan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan menerima rasuah RM42,083,132.99 milik yayasan berkenaan.

Dia juga didakwa 27 pertuduhan membabitka­n diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram membabitka­n RM72,063,618.15 antara 2016 dan 2017.

Pada 14 Disember 2018, Ahmad Zahid didakwa pertuduhan tambahan iaitu melakukan pecah amanah jenayah membabitka­n wang RM10 juta milik Yayasan Akalbudi, pada Disember 2015.

Dakwa lakukan pecah amanah

Ahmad Zahid sekali lagi pada 20 Februari lalu, didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah RM260,000 dengan membuat bayaran kepada syarikat TS Consultanc­y & Resources pada Disember 2016.

Kelmarin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dia didakwa atas tujuh pertuduhan menerima rasuah S$4.2 juta bagi melanjutka­n kontrak syarikat pengendali One Stop Center (OSC) di negara China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), antara 2017 dan 2018.

Sekali lagi semalam, Ahmad Zahid didakwa 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM42.76 juta berhubung Sistem Visa Luar Negara antara 2014 hingga 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia