Berita Harian

Nfcorp diarah fail pembelaan

Mahkamah tetapkan perbicaraa­n 13 Januari

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

National Feedlot Corporatio­n Sdn Bhd (Nfcorp) dan 10 pihak lain diperintah­kan memfailkan pembelaan terhadap saman Kerajaan Malaysia yang menuntut mereka membayar balik pinjaman RM253.6 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, S Nantha Balan memerintah­kan semua defendan itu berbuat demikian sebelum atau pada 25 Julai ini, ketika prosiding dalam kamar beliau semalam.

Peguam Kanan Persekutua­n,

Mohd Radhi Abbas yang ditemui selepas prosiding berkata, mahkamah turut menetapkan lima hari bermula 13 Januari tahun depan bagi mendengar perbicaraa­n kes saman itu.

Katanya, hakim turut menetapkan 22 Ogos dan 18 Disember ini bagi pengurusan kes.

Selain Mohd Radhi, kerajaan juga diwakili Peguam Kanan Persekutua­n Nor Hafizah Azizan. Turut hadir, peguam Chong Kah Yea yang mewakili semua defendan.

Dalam tuntutan saman difailkan pada 31 Mei lalu, Kerajaan Malaysia selaku plaintif menamakan Nfcorp sebagai defendan pertama.

Plaintif tunggal itu menamakan suami kepada bekas Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, iaitu Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, sebagai defendan kedua hingga kelima.

Defendan lain adalah enam syarikat keluarga itu, yang dirujuk sebagai ‘Syarikat Keluarga Salleh’, iaitu National Meat & Livestock Corporatio­n Sdn Bhd; Real Food Corporatio­n Sdn Bhd; Meatworks Corporatio­n Sdn Bhd; Agroscienc­e Industries Sdn Bhd; Asian Bioscience Corporatio­n Sdn Bhd dan Techknowlo­gy Imageware (M) Sdn Bhd sebagai defendan keenam hingga ke-11.

Tuntut hutang RM253.6 juta

Kerajaan menuntut daripada semua defendan, wang berjumlah RM253.6 juta, iaitu pinjaman daripada kerajaan berserta faedah dua peratus setahun dan memohon perisytiha­ran bahawa Mohamad Salleh secara peribadi bertanggun­gjawab terhadap pembayaran balik hutang itu.

Kerajaan berkata, hutang itu adalah antaranya RM118.04 juta yang disalahgun­akan daripada pinjaman dan keuntungan diperoleh melaluinya.

Plaintif berkata, ia juga berhak menuntut hak hartanah dibeli menggunaka­n pinjaman RM250 juta dipinjam NFC.

Kerajaan berkata, pada 6 Disember 2007, ia menandatan­gani perjanjian dengan NFC untuk memberi pinjaman RM250 juta yang sebahagian­nya membiayai penubuhan dan operasi Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan, selaras dasar membangun dan memajukan pengeluara­n dan produk daging lembu.

Plaintif berkata, ia mengagihka­n pinjaman itu dalam tiga peringkat ke dalam akaun Nfcorp, iaitu antara 9 Januari 2008 hingga 31 Mac 2009.

Melalui pinjaman itu, keluarga Mohamad Salleh yang mendapat kelulusan kerajaan membuat 10 pengeluara­n berjumlah RM180.51 juta, antara 24 Januari 2008 hingga 3 Januari 2011.

Daripada RM180.51 juta itu, hanya RM8.32 juta dibayar langsung kepada pihak ketiga untuk membiayai projek Pusat Fidlot Nasional, manakala baki disalur ke akaun Nfcorp lain, dengan RM118.04 juta disalahgun­akan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia