Berita Harian

Pelakon ditahan lagi kes dadah

-

Kuala Lumpur: Seorang pelakon komedi ditahan di lobi sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras, di sini, selepas didapati memiliki rekod dikehendak­i polis berhubung kes dadah, Selasa lalu.

Pelakon berusia 41 tahun yang memiliki empat rekod lampau berhubung kes dadah ditahan bersama dua rakannya, iaitu lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 25 tahun pada jam 5.45 petang.

Ketiga-tiga dilaporkan terbabit dalam satu pergaduhan di lobi hotel berkenaan sebelum pihak pengurusan bertindak menghubung­i polis bagi mendapatka­n bantuan.

Positif dadah

Hasil pemeriksaa­n ke atas mereka, polis turut menemui satu paket lutsinar dipercayai mengandung­i dadah jenis syabu daripada wanita yang ditahan.

Selain pelakon terbabit, rakan lelaki yang ditahan turut memiliki empat rekod lampau, manakala wanita terbabit memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah.

Ujian air kencing juga mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis ganja, selain dua rakannya juga turut disahkan positif.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahka­n kejadian berkata, pelakon itu direman sehari sebelum dibebas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia