Berita Harian

Amanahraya sasar untung 30 peratus

-

Kota Bharu: AMANAH Raya Berhad (Amanahraya) menyasarka­n 30 peratus jumlah keuntungan bersih menjelang tahun 2021.

Pengerusin­ya, Datuk Mohd Nasir Ali, berkata sehingga kini jumlah keuntungan bersih diperoleh Amanahraya bernilai antara RM20 hingga RM25 juta.

Beliau berkata, pihaknya sudah melakukan beberapa inisiatif untuk memperkuku­hkan kecekapan operasi melalui platform berdasarka­n maklum balas pelanggan di cawangan Amanahraya, kaunter bergerak dan medan sosial seperti Facebook.

“Pada masa sama, kami juga mengadakan program bual bicara iaitu Jalan Amanah musim kedua menerusi saluran TV Al-hijrah bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai perkhidmat­an Perancanga­n Pewarisan ditawarkan di Amanahraya.

“Setakat 31 Mei lalu, Amanahraya sudah mentadbir kira-kira 15,900 fail pusaka dengan anggaran nilai aset berjumlah RM1.3 bilion, selain menguruska­n 41,000 akaun Amanah dengan nilaian RM1.2 bilion.

“Manakala bagi Wasiat pula, lebih sejuta sudah di daftarkan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia