Berita Harian

Perak laksana sistem geospatial

-

Ipoh: Perak menjadi negeri pertama memperkena­lkan program pemutihan menerusi kaedah sistem geospatial bagi mengatasi isu ketirisan dan penyelewen­gan pemberian susbsidi padi kerajaan.

Kaedah geospatial menggunaka­n teknologi satelit bagi merakam gambar kawasan sawah yang diusahakan serta mengenal pasti jumlah sebenar kawasan padi di negeri itu, sekali gus mengatasi masalah data lot serta profil pesawah.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n negeri, Abdul Yunus Jamhari, berkata program pemutihan yang dilaksanak­an Jabatan Pertanian negeri itu bertujuan mendapatka­n data lengkap mengikut keadaan sebenar kawasan sawah luar jelapang di Perak.

Katanya, punca utama isu ketirisan dan penyelewen­gan pemberian subsidi padi kerajaan adalah kerana semakan terperinci sukar dilakukan disebabkan terdapat perubahan nombor lot pesawah yang lama kepada yang baharu, selain isu mendapatka­n profil data pesawah itu sendiri.

Urusan lebih efisien

Menggunaka­n kaedah teknologi geospatial ini, Jabatan Pertanian Perak menghasilk­an Buku Profil Projek Kawasan Program

Skim Pengairan yang mengandung­i data pemutihan kawasan luar jelapang.

“Buku berkenaan dapat membantu agensi yang berkaitan terutama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk mengendali­kan subsidi baja yang lebih efektif dan efisien,” katanya di sini, semalam.

Abdul Yunus berkata, Skim Pengairan Changkat Jong dipilih sebagai kawasan perintis program itu yang bermula sejak Januari hingga bulan ini.

“Antara maklumat perbanding­an yang diperoleh selepas pelaksanaa­n program pemutihan itu termasuk luas fizikal skim pengairan sebelum pemutihan adalah 2,046 hektar berbanding selepas pemutihan sebanyak 2,193 hektar.

“Bagi keluasan kawasan padi, sebelum pemutihan adalah sebanyak 1,888 hektar manakala selepas pemutihan sebanyak 1,884.88 hektar dan bilangan lot keseluruha­n sawah di kawasan Changkat Jong daripada 825 lot menjadi 878 lot selepas pemutihan,” katanya.

Abdul Yunus berkata, selepas program pemutihan dilaksanak­an di kawasan perintis itu, Jabatan Pertanian negeri mendapati kaedah itu dapat mengurangk­an pembaziran dalam agihan peruntukan subsidi baja padi oleh kerajaan.

Ia bagi mendapatka­n data lengkap mengikut keadaan sebenar kawasan sawah luar jelapang di Perak” Abdul Yunus Jamhari, Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n Perak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia