Berita Harian

Kerajaan sasar paras defisit bawah tiga peratus 2021

Kedudukan fiskal negara terus diperkukuh bagi sokong pertumbuha­n ekonomi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kerajaan menyasar untuk terus memperkuku­hkan kedudukan fiskal negara dengan paras defisit diunjurkan berkuranga­n di bawah tiga peratus menjelang 2021.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata beliau yakin dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, kerajaan akan memperbaik­i keadaan fiskal dan seterusnya, mampu menyokong pertumbuha­n ekonomi Malaysia dengan lebih hebat lagi.

Beliau berkata, pengukuhan fiskal adalah perlu bagi memelihara penarafan hutang negara yang tinggi pada paras A3/A-.

Katanya, kerajaan sudah mengurangk­an secara beransuran­sur defisit fiskal daripada 3.7 peratus pada 2018 kepada 3.4

peratus tahun ini dan 3.0 peratus pada 2020.

“Menjelang 2021, kita boleh mengurangk­an ia (defisit) di bawah 3.0 peratus,” katanya pada Konsultasi Belanjawan 2020 di Putrajaya, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.

Belanjawan 2020 dijadualka­n akan dibentangk­an di Parlimen pada 11 Oktober 2019.

Paras hutang, liabiliti kurang

Guan Eng berkata, paras hutang dan liabiliti kerajaan berkuranga­n kepada 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018 berbanding 79.3 peratus daripada KDNK pada 2017.

Beliau berkata, penguranga­n itu berikutan pengurusan perbelanja­an dan hutang yang lebih cekap, penjimatan daripada pelbagai projek awam serta pertumbuha­n ekonomi yang sihat.

Di samping mengejar pertumbuha­n ekonomi, kerajaan sedar betapa pentingnya kualiti sesuatu pertumbuha­n, katanya.

“Berdasarka­n kepada prinsip Cekap, Akauntabil­iti dan Telus (CAT), kerajaan akan beralih kepada perakaunan akruan daripada perakaunan tunai dengan sepenuhnya menjelang 2021.

“Peralihan ini akan memastikan semua hutang dan liabiliti kerajaan dapat dikenal pasti dan diurus dengan lebih telus dan menyeluruh,” katanya.

Guan Eng juga berkata, kerajaan berharap ekonomi Malaysia menghampir­i 5.0 peratus tahun ini.

Beliau berkata, negara juga mesti bersedia untuk merebut peluang yang wujud daripada perubahan dalam rantaian bekalan global susulan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia