Berita Harian

LTAT bincang sebelum tolak resolusi

Pembayaran yuran pengarah perlu sepadan keadaan ekonomi, kewangan FGV

- Oleh Alzahrin Alias

Keputusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menolak tiga resolusi membabitka­n pembayaran yuran Pengarah pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-11 (AGM) FGV barubaru ini dicapai selepas pihaknya menjalanka­n perbincang­an mendalam.

LTAT berkata, sebarang keputusan yang diambil dalam perkara itu dijalankan secara terperinci dan tidak diambil mudah.

Katanya, pembayaran yuran pengarah perlulah sepadan dengan keadaan ekonomi dan kedudukan

kewangan FGV.

“Ia berdasarka­n kepada hakikat bahawa LTAT sangat percaya pada aktivisme pemegang saham, terutama untuk melindungi kepentinga­n penyumbang kami iaitu anggota Angkatan Tentera.

“Kami mempercaya­i lembaga pengarah semasa di FGV akan memastikan LTAT merancang rancangan untuk memperbaik­i prospek FGV,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Pembayaran yuran

LTAT adalah salah satu pemegang saham terbesar FGV yang menolak tiga resolusi membabitka­n pembayaran yuran pengarah pada AGM FGV baru-baru ini.

Resolusi berkenaan adalah meluluskan pembayaran yuran Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018; meluluskan pembayaran sebahagian yuran Pengarah berbayar mulai 26 Jun 2019 sehingga AGM berikutnya pada 2020 dan meluluskan pembayaran faedah-faedah berbayar mulai 26 Jun 2019 sehingga AGM berikutnya pada 2020.

Selain itu, usul yang turut ditolak adalah membabitka­n pemberian kuasa kepada Pengarah untuk mengumpulk­an saham dan menerbitka­n saham menurut Seksyen 75 Akta Syarikat 2016. Sebanyak 12 resolusi dikemukaka­n pada mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia