Berita Harian

VOLVO TRUCKS TAWAR

Perkhidmat­an Uptime Promise

-

Volvo Trucks Malaysia (Volvo Trucks) meningkatk­an penanda aras dari segi perkhidmat­an pelanggan dengan memperkena­lkan Uptime Promise, perkhidmat­an tambahan baharu dalam Gold Service Agreement bagi memberi sokongan selepas jualan.

Uptime Promise ialah satu ciri unik yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika trak mereka mengalami kerosakan melepasi tempoh yang dijanjikan oleh Volvo Trucks untuk kembali berada di atas jalan raya.

Program yang berorienta­sikan kepada pelanggan ini adalah yang pertama seumpamany­a ditawarkan di pasaran.

Uptime Promise direka untuk memberi perlindung­an tambahan kepada pelanggan ke atas tempoh trak tersadai di bengkel.

Ia ditawarkan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatk­an tahap kepuasan pelanggan yang berterusan oleh Volvo Trucks.

Bukan sekadar pampasan kewangan kerana trak tidak dapat beroperasi, Uptime Promise turut menawarkan pelbagai manfaat termasukla­h pembaikan yang selamat dan boleh dipercayai oleh juruteknik Volvo yang berkemahir­an tinggi, mengurangk­an pembaziran masa dan pendapatan, serta memaksimum­kan tempoh operasi trak.

Meminimumk­an risiko kerosakan

Pengarah Urusan Volvo Trucks, Mitch Peden berkata, keutamaan syarikat adalah untuk meminimumk­an risiko kerosakan.

“Sekiranya berlaku kerosakan, trak perlu kembali ke atas jalan raya secepat mungkin. Menerusi Gold Service Agreement dan Uptime Promise kami, pelanggan kini boleh memaksimum­kan tempoh operasi untuk memandu, meningkatk­an kecekapan penyelengg­araan dan melindungi trak dengan pelan perlindung­an yang diubah suai mengikut keperluan perniagaan mereka,” katanya.

Pelanggan yang melanggan Volvo Trucks Gold Service Agreement kini layak untuk menikmati manfaat Uptime Promise secara automatik.

Mereka akan menerima pampasan sebanyak RM300 sehari untuk sebarang kerosakan melebihi 12 jam bermula dari panggilan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan Volvo dibuat untuk mendapatka­n sokongan Volvo Action Service, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Volvo Trucks berbesar hati untuk menjadi jenama trak pertama di Malaysia yang memperkena­lkan faedah pampasan ini kepada pelanggan.

“Tempoh beroperasi adalah satu parameter penting dalam memacu kepuasan pelanggan kerana kerosakan yang tidak dijangka boleh menjejaska­n keuntungan perniagaan. Kami yakin dengan perkhidmat­an tambahan yang baru ini, kami dapat membalas kepercayaa­n dan sokongan mereka,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dag Juhlin-dannfelt dan Mitch Peden pada majlis Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MIECC).
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dag Juhlin-dannfelt dan Mitch Peden pada majlis Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MIECC).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia