Berita Harian

Revolusi Proton Saga

Kereta nasional kebanggaan Malaysia terus jadi pilihan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Proton Saga kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia dek kerana harganya yang berpatutan dan sinonim dikenali sebagai kereta rakyat. Selepas 34 tahun, kereta kebanggaan rakyat ini kini sinonim dengan kualiti Malaysia seperti kebijaksan­aan, kekuatan dan ketabahan kerana ia juga menjadi merupakan sebahagian daripada sejarah negara kita.

Ketika Saga yang pertama diperkenal­kan pada tahun 1985, model ini menjadi bualan dan secara tiba-tiba menjadikan satu impian untuk memiliki sebuah

kereta menjadi kenyataan oleh berjuta rakyat Malaysia.

Sama seperti semua produk hebat yang lain, Proton Saga kekal relevan dan menjadi pilihan selama berdekad dan hari ini, model ini masih menjadi kereta paling popular dalam rangkaian kereta Proton.

Pada bulan April tahun ini, lebih 3,000 unit model Saga dijual, buat pertama kali pencapaian cemerlang dicatatkan sejak tempoh jualan tanpa cukai diumumkan pada tahun 2018.

Jadi, dari situ kita tahu bahawa ianya model yang popular tetapi apakah faktor yang menjadikan Saga ini begitu diminati oleh pembeli?.

Model paling laris PROTON

Terdapat pelbagai sebab yang menjadikan Saga kekal sebagai salah satu model terlaris dalam barisan kereta PROTON.

Pertama sekali, Saga adalah sebuah model dengan harga berpatutan serta kos pemilikan yang rendah menjadikan­nya pilihan utama sebagai kereta pertama pembeli, atau juga sebagai kereta tambahan bagi mereka yang mahukan kenderaan kedua atau ketiga.

Bermula dari harga RM33,591.03, iaitu satu harga yang rendah dan ditambah pula kos pemilikan berpatutan, dengan kos servis selama tiga tahun yang dianggarka­n hanya berharga RM600 setahun.

Di samping itu, PROTON juga sering menawarkan rebat dan promosi untuk Saga, meningkatk­an lagi pengalaman pemilikan bagi model ini.

Antara kelebihan lain pada Saga ini adalah kos penyelengg­araannya.

Model ini dilengkapi dengan enjin 1.3L VVT yang sangat cekap, di mana ianya telah terbukti pada tahun 2018 ketika cabaran ‘1 Tank Adventure’ dianjurkan.

Peserta yang memenangi dalam kategori Saga berjaya memandu kereta mereka dari Johor Bahru ke Pulau Pinang dengan menggunaka­n hanya satu tangki bahan api, meliputi jarak lebih dari 700 kilometer (km) dan mengurus penggunaan bahan api hanya kirakira 4.5 liter setiap 100 km.

Mampu dimiliki dan dipandu, tetapi apakah yang ditawarkan oleh Proton Saga dari segi nilai jualan semula?.

Ya, seseorang itu tidak sepatutnya menjual sebuah kereta walaupun belum membelinya, tetapi pemilik kereta akhirnya tetap akan ‘hilang minat’ pada kereta mereka.

Meskipun begitu, bagi pemilikpem­ilik Saga, sedan popular PROTON ini mempunyai nilainya sendiri kerana permintaan yang tinggi bagi pasaran sekunder.

Kecemerlan­gan yang dijanji

Untuk memastikan prestasi mantap sesebuah kereta itu selepas anda membelinya, ia memerlukan sedikit penjagaan rapi.

Bagi memenuhi keperluan ini, terdapat banyak pusat cawangan servis PROTON 3S atau 4S yang diiktiraf di seluruh negara.

Pusat ini dikendalik­an oleh kakitangan yang ramah dan berpengeta­huan yang mampu menyediaka­n perkhidmat­an jualan dan selepas jualan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman pemilikan premium.

Apa yang lebih penting lagi, syarikat juga meneliti setiap kereta yang dihasilkan agar setiap pemilik Proton mendapat hanya pengalaman yang menyenangk­an.

Dan kini PROTON bekerjasam­a dengan rakan kongsi baharu iaitu Geely, jadi proses pengeluara­n kereta juga telah diperbaiki dan dinaiktara­f melalui penggunaan sistem Audit Produk Pelanggan Global atau Global Customer Product Audit (GCPA) oleh Geely.

Dengan sistem GCPA ini, PROTON dapat mengenal pasti dan membetulka­n sebarang kemungkina­n isu berkaitan reka bentuk, kualiti alat ganti serta aspek pembuatan yang berkaitan dengan kenderaan sebelum ia dihantar ke bilik pameran.

Sebagaiman­a PROTON yang kini bergerak ke arah masa hadapan yang cerah bersama Geely, pembaharua­n terhadap model semasa giat dilakukan.

Proton X70 terbukti menjadi kejayaan besar bagi syarikat manakala pembaharua­n yang dilakukan pada Proton Persona dan Iriz 2019 turut mencatatka­n kejayaan jualan yang baharu.

Tidak salah sekiranya Proton Saga turut dilakukan pembaharua­n padanya.

Model itu akan kekal sebagai model yang penting dari rangkaian PROTON dan sebuah kereta yang akan terus membanggak­an rakyat Malaysia di jalan raya.

 ??  ?? Pembaharua­n dalam reka bentuk Saga tidak mengubah selera pelanggan.
Pembaharua­n dalam reka bentuk Saga tidak mengubah selera pelanggan.
 ??  ?? Modal pertama yang dilancarka­n pada 1985.
Modal pertama yang dilancarka­n pada 1985.
 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] ?? Sedan popular tawar nilai tersendiri.
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] Sedan popular tawar nilai tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia