Berita Harian

MICHELIN tawar Energy XM2+

Lebih cengkaman, tahan lama

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

MICHELIN, pengeluar tayar global memperkena­lkan tayar MICHELIN Energy XM2+ yang hadir dengan slogan: “Your Stopping Superpower” yang ditawarkan pada harga bermula RM200.

Dengan menyasarka­n golongan belia serta pengguna yang celik dalam aspek kewangan, MICHELIN Energy XM2+ ialah pilihan yang ideal untuk kereta penumpang bersaiz kecil dan sederhana kerana ia didatangka­n dengan ciri keselamata­n dan prestasi yang luar biasa.

Dirumus untuk menjangkau­i keupayaan generasiny­a yang terdahulu bagi operasi pembrekan dalam keadaan basah, MICHELIN

Energy XM2+ menawarkan tahap keselamata­n yang terbaik sepanjang kitaran hayatnya.

Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Pascal Nouvellon, berkata MICHELIN Energy XM2+ memperliha­tkan penambahba­ikan yang diterapkan dalam produk ini berbanding yang terdahulu iaitu MICHELIN Energy XM2 yang menjadi peneraju pasaran lapan tahun berturut-turut.

“Prestasi yang dibawakan oleh tayar ini dirumus untuk memenuhi keseluruha­n kitaran hayatnya serta Kuasa Pemberhent­ian atau “Stopping Superpower” tayar ini dapat dipelihara di tahap yang tinggi walaupun tayar berkenaan digunakan berulang kali untuk jangka masa yang lama.

“Ia sejajar dengan slogan kempen MICHELIN Energy XM2+ yang menegaskan bagaimana “Stopping Superpower” tayar ini dapat memelihara tahap keselamata­n dan keyakinan pengguna di atas jalan raya sepanjang masa, “katanya ketika melancarka­n produk terkini MICHELIN di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), baru-baru ini.

Keupayaan XM2+

Menerusi penggunaan kompaun getah silika sepenuhnya yang baharu, MICHELIN Energy XM2+ menawarkan keupayaan jarak pembrekan yang lebih pendek dalam keadaan basah, iaitu 1.5 meter menerusi penggunaan tayar baharu, dan 2.6 meter dengan tayar terpakai.

Tayar ini juga menawarkan jumlah perbatuan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 25 peratus berbanding tayar yang diperkenal­kan oleh pesaing premium yang lain.

“Simbol ‘+’ pada permukaan sisi tayar ini menandakan ia dilengkapi dengan kompaun getah yang dinaik taraf, membuktika­n daya pembrekan yang lebih hebat dibekalkan oleh MICHELIN Energy XM2+ berbanding generasi tayar yang sebelum ini.

“Produk ini juga mengekalka­n tanda ‘X’ Hijau yang dibawa daripada produk terdahulu untuk menandakan penjimatan bahan api yang dapat dikecapi dengan tayar ini secara optimum.

“Kami berharap kombinasi antara aspek keselamata­n yang diperkayak­an ini serta nilainya dari segi harga akan menarik perhatian pengguna-pengguna muda,” jelas Nouvellon.

Di Malaysia, pengguna boleh mendapatka­n MICHELIN Energy XM2+ terbaharu di TYREPLUS serta wakil pengedar bertauliah MICHELIN di seluruh negara menerusi 32 saiz berbeza, dari diameter bersaiz 14 hingga 16 inci.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Nouvellon ini. ketika melancarka­n produk terkini MICHELIN di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), baru-baru
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Nouvellon ini. ketika melancarka­n produk terkini MICHELIN di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), baru-baru

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia