Berita Harian

Lantik lebih banyak MNC, PLC perkasa program vendor

Skop pembabitan industri diperluas tingkat agenda pembanguna­n ekonomi Bumiputera

- Oleh Nurhayati Abllah

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) akan melantik lebih banyak syarikat multinasio­nal (MNC) dan syarikat senaraian awam (PLC) sebagai syarikat peneraju atau vendor (anchor) bagi merangsang agenda Program Pembanguna­n Vendor (PPV).

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata MED kini menyasarka­n lebih banyak penyertaan dalam kalangan syarikat MNC, PLC selain syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kita akan memperluas­kan skop pembabitan industri untuk terus memperkasa­kan agenda pembanguna­n ekonomi Bumiputera.

“Contohnya, kita lantik syarikat besar yang diberi kontrak bernilai tinggi oleh kerajaan untuk menjadi syarikat ‘anchor’ PPV. Jika dahulu, kita hanya mengehadka­n penyertaan di kalangan GLIC dan GLC, tetapi kini ia diperluask­an kepada syarikat MNC dan PLC termasuk dari Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan Majlis Perundinga­n Program Pembanguna­n Vendor (MPPPV) Pertama di bawah MED, di Kuala Lumpur, semalam.

Perkasa ekonomi Bumiputera

Sehingga Januari 2019, sejumlah 21 syarikat peneraju dan 1,354 vendor yang berdaftar di PPV dengan nilai perolehan yang dicatatkan hampir RM5 bilion.

PPV adalah satu inisiatif agenda pemerkasaa­n ekonomi Bumiputera yang bertujuan mewujud dan membangunk­an usahawan vendor Bumiputera dalam sektor perkilanga­n atau perkhidmat­an berdaya saing, berdaya tahan dan bertaraf global.

Mohd Redzuan berkata, kementeria­nnya kini dalam usaha untuk menyelaras­kan vendor yang lebih berhala tuju termasuk merangka strategi baharu PPV bagi mendepani landskap ekonomi lebih mencabar menjelang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Antara strategi itu adalah berhubung perluasan pasaran perniagaan, pembiayaan kompetitif, pewujudan vendor berbilang tingkat dan penerokaan sektor yang berpotensi serta berteknolo­gi tinggi.

Bangun kebolehan, daya saing usahawan

“Kita turut memfokuska­n sektor strategik yang lebih memberikan kapasiti membangunk­an kebolehan dan daya saing kepada usahawan untuk menerokai pasaran luar,” katanya.

Katanya, peranan syarikat peneraju bekerjasam­a dengan MED adalah penting untuk merealisas­ikan sasaran negara keusahawan­an yang terkandung dalam Keusahawan­an Nasional (DKN) pada masa depan.

PPV menerima peruntukan sebanyak RM61 juta di bawah RMK-11 iaitu RM30 juta bagi Geran Penyelidik­an dan Pengkomers­ialan Vendor (GPPV) dan RM31 juta untuk Program Pembanguna­n Kapasiti Vendor (PPKV).

Kita turut memfokuska­n sektor strategik yang lebih memberikan kapasiti membangunk­an kebolehan dan daya saing kepada usahawan untuk menerokai pasaran luar,” Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembanguna­n Usahawan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia