Berita Harian

Malaysia catat FDI RM32.6B tahun lalu

-

Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia merekodkan nilai RM32.6 bilion berbanding RM40.4 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Aliran FDI berada dalam trend menurun berterusan sejak 2017 disebabkan pelaburan berkuranga­n dalam sektor perlombong­an dan pengkuaria­n.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata daripada aliran nilai RM32.6 bilion itu, 44.9 peratus adalah dari rantau Asia, manakala 33.7 peratus dari Eropah

“Hong Kong kekal sebagai penyumbang tertinggi dari rantau Asia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sektor perkhidmat­an terus menjadi sektor utama khususnya dalam aktiviti kewangan, insurans dan takaful serta sektor perdaganga­n borong dan runcit diikuti sektor pembuatan dan pembinaan.

Prestasi disokong sektor perkhidmat­an

Beliau berkata, bagaimanap­un, pada akhir 2018, jumlah terkumpul FDI di Malaysia meningkat kepada RM631.2 bilion daripada RM595.5 bilion pada 2017.

Prestasi itu disokong oleh sektor perkhidmat­an dan pembuatan dengan Singapura, Jepun dan Hong Kong merupakan negara utama dalam kedudukan FDI, katanya.

Sementara itu, pelaburan langsung Malaysia di luar negara (DIA) mencatatka­n aliran keluar bersih bernilai RM21.3 bilion pada 2018 berbanding RM24.2 bilion pada tahun sebelumnya susulan pelaburan yang rendah dalam sektor perkhidmat­an.

Kedudukan DIA berkuranga­n kepada RM492.0 bilion pada 2018 daripada RM526.5 bilion pada 2017 disebabkan pelaburan lebih rendah dalam sektor perkhidmat­an dengan Singapura, Indonesia dan United Kingdom merupakan negara utama bagi DIA Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia