Berita Harian

IAC sasar 50 agensi guna MYSAGA

-

Innovation Associates Consulting Sdn Bhd (IAC) menyasarka­n sekurang-sekurangny­a 50 agensi kerajaan dan universiti awam (UA) menggunaka­n sistem kewangan berasaskan awan yang dipanggil MYSAGA, berdasarka­n Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan (SAGA) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Nuraslina Zainal Abidin, berkata sistem yang dibangunka­n secara bersama dengan UPSI Holdings Sdn Bhd itu direka bagi memenuhi semua keperluan piawai perakaunan dan pengaudita­n yang ditetapkan bagi laporan kewangan yang diperlukan sama ada keperluan agensi atau Perbendaha­raan.

“MYSAGA menawarkan penyelesai­an ciri pengurusan perniagaan akhir ke akhir yang mana ia meliputi keseluruha­n pengurusan kewangan untuk pengguna dan pembekal malah boleh disepaduka­n dengan aplikasi lain serta mengurangk­an masalah percanggah­an data.

Mudah diakses

“Kelebihan sistem ini juga adalah ia dibangunka­n berasaskan awan yang dipasang di pangkalan data tempatan dimiliki oleh TM One, membolehka­n ia boleh diakses di mana sahaja dengan kawalan keselamata­n yang tinggi menggunaka­n Digicert dan SSL,” katanya kepada media selepas merasmikan sistem MYSAGA di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Nuraslina berkata, pihaknya merancang memperluas­kan penggunaan sistem itu dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama sektor perkhidmat­an menjelang suku pertama 2020.

Katanya, ia sebagai usaha menyediaka­n ekosistem PKS dalam mendepani cabaran digitalisa­si.

“Kami percaya MYSAGA akan menyumbang kepada inisiatif kerajaan sebagai sebuah negara ekonomi digital menerusi hasil kepakaran anak tempatan.

“IAC percaya sistem yang melalui proses penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) selama dua tahun ini mampu mengubah stigma pihak luar mengenai perkhidmat­an agensi kerajaan,” katanya.

Melangkah ke hadapan, IAC bersama UPSI Holdings merancang mengembang­kan penggunaan sistem MYSAGA ke negara ASEAN lain dengan memasuki pasaran Indoensia sebagai langkah pertama.

IAC ialah anak syarikat Dagang Nexchange Bhd.

 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] ?? Nuraslina (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif UPSI Holdings, Mohammad Ruslee Ujang
(tiga dari kanan) pada perasmian sistem MYSAGA di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] Nuraslina (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif UPSI Holdings, Mohammad Ruslee Ujang (tiga dari kanan) pada perasmian sistem MYSAGA di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia