Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Minyak mentah susut di bawah AS$66 setong semalam, ditekan oleh kebimbanga­n mengenai sama ada sidang kemuncak G20 akan menghasilk­an perjanjian perdaganga­n dan persepsi bahawa bekalan cukup walaupun prospek terus jejaskan Pertubuhan Negara-negara Pengeluar Petroleum (OPEC).

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata perjanjian perdaganga­n dengan Presiden China, Xi Jinping mungkin berlaku pada hujung minggu ini, namun beliau bersedia untuk mengenakan tarif ke atas hampir semua import China jika kedua-dua negara tidak mencapai persetujua­n.

“Kegagalan perjanjian akan memberi kesan negatif ke atas pasaran kewangan dan juga minyak, tetapi penjualan dalam aset berisiko bersifat jangka pendek,” kata Broker Minyak PVM, Tamas Varga.

“Minyak perlu menunggu sehingga separuh kedua

minggu depan untuk mula meningkat.”

Minyak mentah Brent, penanda aras minyak global susut 75 sen kepada AS$65.74 setong pada 1022 GMT.

Minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te susut 64 cent kepada AS$58.74 setong.

Minyak melonjak lebih daripada dua peratus pada Rabu selepas laporan bekalan petroleum AS terkini yang menunjukka­n kejatuhan luar jangka dalam stok minyak mentah.

Inventori susut 12.8 juta tong, lebih daripada penguranga­n 2.5 juta tong yang dijangka penganalis­is.

Bagaimanap­un, bekalan kekal mencukupi di pasaran pengguna terbesar dunia itu.

“Inventori AS kekal baik di bawah paras purata lima tahun, yang mana memberi gambaran pasaran menerima bekalan cukup,” kata Carsten Menke dari Swiss bank Julius Baer.

“Permintaan kekal sederhana, sementara bekalan masih tidak menentu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia