Berita Harian

Persetujua­n AS, China rangsang bursa Asia

-

Saham Asia menokok semalam berikutan laporan media menyatakan Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju dengan ‚gencatan senjata‘ menjelang pertemuan yang amat dinantikan membabitka­n kedua-dua negara di Tokyo.

South China Morning Post (SCMP), memetik beberapa sumber, berkata Washington dan Beijing akan membuat perjanjian bagi membantu mengelakka­n pusingan baharu tarif membabitka­n tambahan AS$300 bilion import China.

Rabu lalu, Presiden AS, Donald Trump berkata, perjanjian perdaganga­n dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping yang berkemungk­inan hujung minggu ini walaupun beliau bersedia untuk mengenakan tarif ke atas hampir semua import China jika perbincang­an menemui jalan buntu.

Harapan untuk dua ekonomi terbesar dunia mencapai persetujua­n memberi kesan kepada pelabur sekali gus menolak indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun naik 0.8 peratus.

Rantau Asia terima manfaat

Saham China menerajui kenaikan dengan indeks berwajaran tinggi menokok 0.9 peratus.

Indeks KOSPI Korea Selatan menambah 0.6 peratus, manakala Hang Seng Hong Kong dan Nikkei Jepun, masing-masing melonjak sekitar 1.2 peratus.

Kenaikan di Asia turut menyebarka­n manfaat kepada rantau lain. E-minis bagi S&P500 melonjak 0.4 peratus pada sesi dagangan lewat di Asia, manakala niaga hadapan Eurostoxx 50 menambah 0.3 peratus dan FTSE London naik 0.1 peratus.

“Genjatan senjata akan memberi impak jangka pendek kepada pasaran,” kata Penganalis­is Bank of America, Merrill Lynch dalam nota penyelidik­an.

“Namun pelabur mungkin mulai bimbang kecuali terdapat perkembang­an dalam perjanjian ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia