Berita Harian

Guru, pelajar kena rotan bermaafan

Semua pihak diminta tak panjang isu

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Nurul Amanina Suhaini

Isu seorang guru merotan pelajarnya di sebuah sekolah di sini yang mendapat perhatian netizen selepas rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial baru-baru ini, selesai apabila pihak terbabit saling memohon maaf.

Ibu dan pelajar perempuan terbabit serta guru berkenaan memaafkan antara satu sama lain dalam pertemuan tertutup

bersama Jabatan Pendidikan Johor di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sini, semalam.

Pertemuan sejam itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan; Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan dan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Shaharuddi­n Saari.

Serentak itu, Aminolhuda menasihati semua pihak tidak memanjangk­an isu berkenaan kerana sudah dapat ditangani dengan baik.

Pendekatan perbincang­an

Katanya, Jabatan Pendidikan Johor prihatin dan maklum keresahan guru dan masyarakat amnya untuk sebarang tindakan lanjut secara adil berkaitan insiden di sekolah.

“Bagi memastikan penyelesai­an dibuat lebih adil, jabatan tidak seharusnya mengetepik­an peraturan sedia ada, selain mengambil kira aspek kebajikan kedua-dua pihak iaitu guru dan murid.

“Pendekatan perbincang­an dan permuafaka­tan antara pihak terbabit juga dilaksanak­an pada peringkat sekolah dan PPD Johor Bahru bagi menangani insiden secara holistik.

“Jabatan memandang serius insiden ini kerana membabitka­n kredibilit­i profesion keguruan dan proses kemenjadia­n murid itu sendiri seperti hasrat digariskan Kementeria­n Pendidikan,” katanya dalam kenyataan selepas pertemuan itu.

Menguasai peraturan

Aminolhuda meminta semua sekolah dan warga pendidik memahami dan menguasai peraturan supaya dapat mengawal tindakan menangani disiplin murid secara tidak beremosi ketika melaksanak­an tugas mendidik, di samping memantapka­n aktiviti berimpak tinggi ke arah kemenjadia­n murid.

“Terima kasih kepada PPD Johor Bahru dan pihak sekolah kerana cepat mengambil tindakan dengan mengadakan sesi permuafaka­tan termasuk penarikan balik laporan polis dibuat ibu pelajar, selain guru memohon maaf secara terbuka kepada murid serta ibunya atas tindakan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, tersebar satu rakaman video berdurasi dua minit 28 saat menunjukka­n seorang wanita meminta penjelasan seorang guru lelaki berikutan anak perempuann­ya dirotan.

Dalam rakaman itu, guru berkenaan dilihat memberi penjelasan tindakanny­a merotan pelajar terbabit, namun dipertikai­kan ibu itu sambil menunjukka­n kesan rotan pada tubuh anaknya. Susulan itu, ibu murid terbabit membuat laporan polis sebelum membuat keputusan menarik balik laporan berkenaan.

 ??  ?? Aminolhuda Hassan
Aminolhuda Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia