Berita Harian

Sistem JPJEBID beroperasi penuh mulai 3 Julai

-

Putrajaya: Mulai 3 Julai ini, sistem bidaan nombor pendaftara­n kenderaan dalam talian, JPJEBID, akan diguna sepenuhnya di Kuala Lumpur, bermula dengan nombor pendaftara­n VDP.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid, berkata pihaknya berpuas hati dengan kelancaran sistem JPJEBID itu yang tidak berdepan dengan masalah akses walaupun pernah merekodkan lebih 8,000 transaksi menjelang tempoh akhir bidaan.

“Bidaan ini akan berlangsun­g setiap minggu dengan tempoh lima hari diberikan untuk satu-satu nombor sebelum beralih ke siri nombor seterusnya,” katanya pada sidang media mengenai keputusan JPJEBID bagi siri VDN di sini, semalam.

Shaharuddi­n berkata seramai 903 pembida menggunaka­n sistem JPJEBID bagi siri VDN itu, dengan bidaan tertinggi RM158,000 untuk nombor bernilai utama, VDN1.

Projek perintis

Beliau turut memaklumka­n, daripada 903 pembida itu, 463 berjaya dalam bidaan masing-masing, sekali gus membawa hasil kutipan keseluruha­n RM1.31 juta.

Projek rintis sistem JPJEBID dilaksanak­an bagi nombor pendaftara­n khas untuk Putrajaya iaitu FC pada April lalu.

Shaharuddi­n berkata pihaknya juga mempertimb­angkan untuk melaksanak­an sistem JPJEBID secara berperingk­at ke seluruh negara bermula di Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

Bidaan ini akan berlangsun­g setiap minggu dengan tempoh lima hari diberikan untuk satu-satu nombor sebelum beralih ke siri nombor seterusnya” Shaharuddi­n Khalid, Ketua Pengarah JPJ

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Shaharuddi­n (tiga dari kiri) bersama pegawai menunjukka­n antara nombor pendaftara­n kenderaan siri ‘VDN' yang dibida pada sidang media mengenai keputusan JPJEBID bagi siri VDN, semalam.
[FOTO BERNAMA] Shaharuddi­n (tiga dari kiri) bersama pegawai menunjukka­n antara nombor pendaftara­n kenderaan siri ‘VDN' yang dibida pada sidang media mengenai keputusan JPJEBID bagi siri VDN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia