Berita Harian

Dividen Koop Sahabat diumum Ahad

-

Petaling Jaya: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan mengumumka­n dividen anggota Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat), Ahad ini.

Sambil menyifatka­nnya sebagai berita gembira, Pengarah Urusannya, Mohamed Shamir Abdul Aziz, berkata ia hasil penambahba­ikan yang dilaksanak­an oleh AIM.

Koperasi itu mempunyai keanggotaa­n mencecah 225,299 orang dengan modal syer berjumlah 49.9 juta serta aset berjumlah RM523.3 juta.

“Insya-allah ada berita gembira untuk anggota yang bakal diumumkan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2019 yang akan berlangsun­g Ahad ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Aidilfitri AIM di pekarangan Menara Amanah Ikhtiar, di Bandar Sri Damansara, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Junaidah Kiting.

Sementara itu, Mohamed Shamir berkata, penambahba­ikan dan transforma­si dilaksanak­an mencakupi komposisi Ahli Lembaga Koperasi dan barisan pengurusan kanan baharu bagi memastikan tadbir urus dan pelaburann­ya akan memberi pulangan maksimum kepada ahlinya yang dipanggil ‘sahabat’.

Perniagaan skala besar

Katanya, koperasi itu memiliki perniagaan berskala besar seperti perhotelan, perladanga­n, kilang pembuatan makanan melalui pengumpula­n modal anggota di dalam koperasi yang semuanya milik Sahabat AIM.

Beliau berkata, buat buat pertama kalinya juga AIM menerima dividen daripada anak syarikat tunggalnya, AIM Sdn Bhd berjumlah RM 1.18 juta bagi tahun ini.

“Jumlah berkenaan adalah berdasarka­n 40 peratus daripada untung selepas cukai.

“Dividen itu akan dijadikan modal pusingan kepada Sahabat AIM,” katanya. Pengarah Urusan AIM

Dalam pada itu, Junaidah berkata, struktur dalaman dan luaran organisasi itu melalui penyusunan semula dan memperting­katkan keupayaan pada peringkat lapangan melalui pendekatan eksklusif yang digelar Perang Gerila Membasmi Kemiskinan.

Katanya, ini untuk memperkasa­kan lagi institusi Pengurus Wilayah serta 30 peratus kakitangan di ibu pejabat diserap ke wilayah dan cawangan untuk menambah kekuatan jentera AIM di lapangan untuk menjadi nadi operasi AIM.

Beliau berkata, bilangan Wilayah AIM juga diperbesar­kan daripada 23 kepada 30 bagi memastikan hasrat utama menyalurka­n lebih RM2.5 bilion pembiayaan modal kepada 400,00 Sahabat, termasuk anggota baharu AIM, menjelang akhir tahun ini akan tercapai.

“Pelaksanaa­n struktur baharu ini meningkatk­an kemasukan seramai 44,809 Sahabat baharu sehingga Mei lalu, serta membuka ruang lebih daripada 100 peluang pekerjaan kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia