Berita Harian

MPK pergiat operasi banteras kilang haram

-

Klang: Hanya tiga daripada 20 kilang yang diperiksa unit penguatkua­saan Majlis Perbandara­n Klang (MPK), memiliki lesen dan mematuhi peraturan ditetapkan oleh majlis itu.

Yang Dipertuany­a, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata empat operasi mengesan kilang haram dijalankan di Telok Gong dan Taman Perindustr­ian Air Hitam, oleh dua unit penguatkua­saan yang ditubuhkan dua minggu lalu.

Pemeriksaa­n kilang

“Sebanyak lima kilang diperiksa di Taman Perindustr­ian Air Hitam dan semuanya tidak memiliki lesen, manakala 15 kilang diperiksa di Telok Gong dengan hanya tiga berlesen.

“Saya terkejut dan kecewa apabila mendapati perkara ini berleluasa di daerah Klang.

“Kita tidak mahu bertangguh lagi dengan pemberian notis seperti sebelum ini,” katanya selepas mesyuarat penuh MPK di Bangunan MPK, di sini, semalam.

Mohamad Yasid berkata, pemilik kilang mengambil mudah notis diberikan sebelum ini, kerana penguatkua­saan kurang dijalankan.

Bina kilang baharu

Malah, beliau berkata, lebih mengejutka­n pihaknya apabila mendapati ada kilang baharu dibina di kawasan kilang terancang, tetapi beroperasi tanpa lesen daripada MPK.

“Setiap minggu ada saja kilang yang memohon lesen dan setiap kali mesyuarat pelesenan diadakan, kita akan meluluskan antara 40 hingga 50 lesen kilang.

“Justeru, kita tidak sangka masih banyak yang beroperasi tanpa lesen.

Operasi tiga bulan

“Kita akan melaksanak­an operasi ini setiap hari selama tiga bulan dan berharap agar ia dapat menimbulka­n kesedaran terhadap pemilik kilang, supaya segera memohon lesen daripada MPK jika tidak mahu dikompaun.

“Antara kompaun boleh dikenakan terhadap pemilik kilang ialah menduduki bangunan tanpa Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dengan nilai kompaun RM125,000; berniaga atau beroperasi tanpa lesen (RM1,000) dan bangunan tiada pelan merancang (RM25,000),” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Yasid berkata, dua unit penguatkua­saan terbabit disertai pelbagai jabatan dalaman MPK meliputi perancang, pembanguna­n, kesihatan, pelesenan serta penguat kuasa.

 ??  ?? Mohamad Yasid Bidin
Mohamad Yasid Bidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia