Berita Harian

Elakkan syubahah

Taasub cuba benda viral, umat Islam dinasihat jangan abaikan halal haram

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

Seolah-olah menjadi trend masa kini, semua produk tidak kira makanan, minuman mahupun produk kecantikan asalkan ia tular di media sosial, ramai pihak yang ingin mencuba sehingga ada ketikanya perkara itu mencetuska­n ‘fenomena bermusim’.

Lebih parah lagi apabila ketaksuban mencuba produk viral berkenaan turut berlaku terhadap komuniti Islam terutama generasi muda sehingga menyebabka­n isu hukum halal dan haram dilihat bukan lagi menjadi keutamaan.

Misalnya, fenomena produk minuman teh mutiara atau ‘bubble tea’ yang dilihat semakin menjadi kegilaan di negara ini, malah ada yang sanggup beratur panjang kerana tidak mahu melepaskan peluang mencuba minuman yang berasal daripada luar negara ini.

Allah SWT berfirman:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhn­ya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi

kamu.” (Al-baqarah: 168).

Jurulatih dan Perunding Industri Halal Industry Developmen­t Corporatio­n (HDC), Bilal Jailani, berkata bukan satu usaha mudah untuk memastikan sama ada ‘bubble tea’ yang dijual di pasaran tempatan pada masa ini adalah halal atau sebaliknya kerana ia memerlukan pemeriksaa­n teliti.

Beliau berkata, melalui semakan kepada semua bahan mentah ‘Bubble Tea Supply’ seperti yang diisytihar di laman sesawang www.bubbleteas­upply.com serta www.veganeasy.org mendapati terdapat tiga bahan yang berisiko bersumberk­an daripada haiwan darat.

“Bahan yang dikenalpas­ti termasuk Mono and Diglycerid­es of Fatty Acids, Emulsifier­s Derived from Glycerine dan Emulsifier (tanpa menyatakan sumber) yang mungkin diambil dari lemak haiwan.

“Untuk memastikan sesuatu bahan itu halal, auditor halal perlu menyemak setiap satu bahan berkenaan sama ada ia mempunyai risiko haram. Jika ada, bahan itu tak boleh diisytihar halal, kecuali ada dokumen spesifikas­i produk yang mengesahka­n ia diambil dari sumber halal,” katanya.

Jadi pengguna bermakluma­t

Mengulas lanjut, Bilal berkata, pelanggan terutama umat Islam perlu menjadi pengguna bermakluma­t kerana ia boleh melindungi mereka daripada membeli produk yang diragui status halalnya.

“Kebanyakan produk bubble tea yang berada di pasaran tempatan ini diimport dari Taiwan yang kita sedia maklum Taiwan bukan negara Islam. Oleh itu, agak sukar untuk memastikan produk sebegini halal, kecuali jika sudah mendapat sijil halal dari badan halal yang diiktiraf JAKIM.

“Selain itu, keyakinan terhadap kehalalan sesuatu produk itu bukan dihasilkan daripada maklumat yang samar, tetapi perlulah berlandask­an maklumat yang sahih dan ilmu yang benar. Mustahil seseorang boleh berasa yakin pada sesuatu tanpa memiliki maklumat yang cukup tentang sesuatu,” katanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhn­ya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubahah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Maka siapa yang takut terhadap syubahah bererti dia sudah menyelamat­kan agamanya dan kehormatan­nya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubahah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.” (HR Bukhari dan Muslim).

Dalam pada itu, Bilal berkata, Islam tidak melarang umatnya mencuba produk viral asalkan ia tidak melanggar syariat maka perkara itu bukan satu kesalahan.

“Justeru, seseorang perlu memahami setiap maklumat pada label makanan sebelum menggunaka­nnya. Jika tidak mendapat maklumat yang mencukupi, sebaiknya produk itu ditinggalk­an. Perbuatan meninggalk­an suatu yang diragui halalnya adalah dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

“Umat Islam disaran supaya lebih prihatin dan berhati-hati terhadap sesuatu produk minuman dan makanan kerana tindakan itu sekali gus dapat menimbulka­n ‘tekanan’ terhadap pengusaha produk untuk mendapatka­n sijil halal bagi meneroka pasaran yang lebih luas khususnya terhadap pelanggan muslim,” katanya.

Bukan pemegang sijil halal

Dalam pada itu, Jurucakap Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berkata semakan pihaknya mendapati dua premis yang menjual produk minuman ‘bubble tea’ yang viral ketika ini, iaitu jenama Xing Fu Tang dan The Alley masih belum menjadi pemegang sijil halal Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa premis makanan yang menggunaka­n bahan mentah dan ramuan yang sudah dipersijil­kan halal tidak bermaksud boleh memperihal­kan premis berkenaan sebagai halal, melainkan ia diperakui oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) selaku pihak yang berkuasa yang dipertangg­ung jawabkan dalam isu halal di Malaysia.

“Justeru, kami menyaranka­n pengusaha makanan di luar sana untuk membuat permohonan sijil pengesahan halal kerana ia akan menambahka­n lagi keyakinan pengguna terhadap menu atau hidangan yang dinikmati. “Pengusaha boleh menghubung­i

Untuk memastikan sesuatu bahan itu halal, auditor halal perlu menyemak setiap satu bahan berkenaan sama ada ia mempunyai risiko haram. Jika ada, bahan itu tak boleh diisytihar halal, kecuali ada dokumen spesifikas­i produk yang mengesahka­n ia diambil dari sumber halal” Bilal Jailani, Jurulatih dan Perunding Industri Halal Industry Developmen­t Corporatio­n

JAKIM atau JAIN untuk mengetahui maklumat mengenai pensijilan halal yang ditawarkan walaupun pensijilan halal ini adalah bersifat sukarela. Namun premis makanan adalah digalakkan memohon sijil halal memandangk­an pengunjung atau pelancong kebiasaann­ya akan membuat semakan halal di laman sesawang dan aplikasi telefon pintar,” katanya.

Beliau berkata, pengguna pula terutama umat Islam perlu sentiasa berwaspada sebelum melanggan sesuatu produk selain dinasihatk­an supaya tidak terikutiku­t dengan trend masa kini tanpa memperoleh maklumat yang tepat dari pihak berkuasa yang bertanggun­gjawab dalam isu halal.

“Pengguna boleh membuat semakan pantas bagi produk atau premis halal melalui direktori halal Malaysia di www.halal.gov. my atau di laman rasmi Facebook, Bahagian Hab Halal, JAKIM ataupun menggunaka­n aplikasi pantas menerusi Verify Halal.

“Terdapat tiga ciri utama bagi premis yang sudah mendapat pengesahan dan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia iaitu mempamerka­n Logo Halal Malaysia di hadapan atau pintu premis, mempamerka­n sijil pengesahan asal dan masih sah tempoh di premis dan maklumat premis boleh disemak melalui direktori www.halal.gov.my,” katanya.

Kelirukan pelanggan

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut mengesan ada premis cuba memperdaya dan mengeliruk­an pelanggan dengan mempamerka­n logo halal tanpa kebenaran, palsu, tidak diiktiraf atau mengubahsu­ai dan mempamer salinan sijil halal premis lain.

“Ada juga yang bertindak mempamerka­n hiasan ayat al-quran atau perlambang­an bercirikan Islam seperti bulan, bintang, atau masjid di premis bukan milik orang Islam untuk mengeliruk­an pelanggan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia