Berita Harian

Cubaan seleweng tafsir pejuang LGBT dirungkai

-

Isu gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) bukan lagi satu isu terpencil. Permasalah­an sosial ini sudah berkembang menjadi wabak yang melanda dunia bahkan ia kini antara ancaman bagi masyarakat Melayu beragama Islam di negara kita.

Perilaku yang jelas bertentang­an dengan agama, nilai budaya dan fitrah manusiawi ini dirungkai dalam naskhah yang memberi penekanan

kepada dua perkara utama.

Pertama, melihat perspektif komuniti LGBT Muslim di Malaysia terhadap perlakuan homoseksua­l dan memperinci­kannya melalui perbincang­an tafsir al-quran terhadap isu sama.

Penulisnya antara lain merungkai percubaan penyelewen­gan terhadap tafsir alquran yang dilakukan kelompok tertentu dalam usaha memperjuan­gkan hak golongan itu.

Penerbitan naskhah ini tepat pada masanya terutama dalam mencari jalan keluar selain memperbetu­lkan perspektif dan perlakuan LGBT tanpa berkomprom­i dengan teks al-quran dan tafsiranny­a oleh mufassir muktabar.

Antara lain, buku ini memberikan cadangan penyelesai­an yang berasaskan syariat Islam bagi mengatasi isu LGBT dalam pendekatan tepat lagi berhemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia