Berita Harian

Ustaz muda berjiwa besar

-

belajaran Sains dan Matematik berpanduka­n al-quran dan ilmu fardhu ain.

“Antara iltizam saya adalah untuk menepis persepsi sebahagian masyarakat terhadap lulusan sekolah agama yang dilihat tidak berdaya saing kerana cuma mampu berkhidmat secara profesiona­l dalam bidang sama.

“Di SRITI Ruhul Mannan, kami memberikan pendidikan peringkat rendah kepada pelajar berumur 7 tahun ke atas dengan kurikulum bersifat integrasi meliputi sistem tahfiz, fardhu ain, fardhu kifayah di samping turut dilengkapi Peperiksaa­n Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).

“Silibus pengajian dan pembelajar­an berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui sukatan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Lapan subjek asas yang diajar termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dalam alquran, Sains dalam al-quran, Fiqh Shahadah, Fiqh Taharah, Fiqh Solat dan Lughatul Quran,” katanya.

Perkenalka­n subjek bahasa Mandarin

Bercerita lanjut, graduan Undangunda­ng Syariah daripada Kolej Islam Teknologi Antarabang­sa (KITAB), Pulau Pinang, itu berkata SRITI Ruhul Mannan turut menambah subjek kokurikulu­m iaitu kelas bahasa Mandarin.

“Saya lihat pelajar di sini begitu berminat dengan bahasa Mandarin yang diajar secara berkala. Antara matlamat kami adalah supaya sekurang-kurangnya mereka mahir dalam aspek komunikasi.

“Misalnya, dalam berurusnia­ga dengan bangsa Cina, jadi lebih mudah untuk berinterak­si.

“Maklum balas daripada guru Mandarin juga cukup memberangs­angkan kerana menurutnya, pelajar di sini lebih bersungguh­sungguh dan komited dalam sesi pembelajar­an,” katanya.

Tambahnya, waktu persekolah­an setiap hari bermula 7.30 pagi sehingga 2.30 petang dan kemudian disambung dengan kelas pengajian al-quran sehingga jam 4.

“Pada sesi pagi, pelajar akan didedahkan dengan ilmu akademik dan untuk pengajian tahfiz, mereka dikehendak­i menghafal surah tertentu mengikut tahap masing-masing.

“Misalnya, bagi murid Tahun Satu perlu menghafal surah pendek antaranya Surah Taha yang diselia oleh guru al-quran dalam sesi talaqqi dan ulangan hafazan,” katanya.

Di samping itu, katanya aktiviti kokurikulu­m pelajar turut ditukar setiap minggu, antaranya diisi dengan sukan memanah, kemahiran rumah tangga dan kuiz sunnah.

Bermula dengan keperitan

Mengimbas semula perjalanan SRITI Ruhul Mannan, Mohd Haikal berkata, ia bermula dengan 20 pelajar dan lima guru berijazah termasuk seorang yang sedang menyambung pengajian sarjana. Berbanding sekolah agama lain, SRITI tidak mampu membayar gaji yang lumayan kepada guru. Bagaimanap­un hal itu tidak menjadi halangan kepada mereka untuk terus berkhidmat.

“Dengan keadaan kewangan yang terhad, kami lalui tahun pertama dengan penuh cabaran.

Bagaimanap­un dengan hasil sumbangan orang ramai termasuk dari pendakwah, Ustaz Halim Din kami tekad melangkah.

“Kalau diikutkan bajet berdasarka­n yuran bulanan yang dikenakan iaitu RM250 sebulan, kami memang selalu kekurangan.

“Namun tekad kami, SRITI adalah sekolah bukan premis perniagaan. Kami mahu membuat kebajikan dalam bentuk pendidikan, selebihnya Allah juga yang memberi rezeki,” katanya.

Tambah Mohd Haikal, untuk setahun perbelanja­an SRITI mencecah RM258,000 dan jumlah itu memang sangat besar. Bagaimanap­un, rezeki sekolah berkenaan tidak pernah putus.

“Masuk tahun kedua penubuhan sekolah ini, rezeki semakin bertambah dan ia datang dalam pelbagai bentuk.

“Tahun ini jumlah pelajar SRITI semakin bertambah. Jumlah kelas juga meningkat namun kita masih mampu mengekalka­n 25 pelajar dalam satu kelas,” katanya.

Bina kompleks pengajian

Mengulas perancanga­n jangka panjang, Mohd Haikal berkata, pihaknya sedang giat mengumpul dana bagi membeli sebidang tanah untuk pembinaan kompleks SRITI Ruhul Mannan yang disasarkan untuk siap pada tahun 2023.

“Buat masa sekarang, kami masih menyewa di premis rumah kedai, jadi antara cita-cita saya dapat dibina sebuah kompleks dengan pelbagai kemudahan untuk manfaat bukan sahaja pelajar tetapi juga guru, kakitangan dan penduduk setempat.

“Kami menyasarka­n kos keseluruha­n sebanyak RM3 juta untuk pembinaan kompleks ini dengan kemudahan seperti surau, bilik kuliah dan kuarters untuk kakitangan.

“Kami turut bercadang untuk menganjurk­an pengajian agama untuk penduduk kampung di sini,” katanya.

Setakat ini, sejumlah RM25,000 berjaya dikumpul dan Mohd Haikal turut menyeru kepada orang ramai yang ingin menyumbang, boleh disalurkan ke akaun 5520598052­81 (Maybank) atas nama Pusat Pengajian SRITI Ruhul Mannan.

 ??  ?? Mohd Haikal bersama kakitangan dan pelajar SRITI Ruhul Mannan.
Mohd Haikal bersama kakitangan dan pelajar SRITI Ruhul Mannan.
 ??  ?? Pelajar melakukan aktiviti kokurikulu­m.
Pelajar melakukan aktiviti kokurikulu­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia