Berita Harian

Syor wujud Borneo Street di ibu kota inisiatif terbaik

Platform promosi keunikan, keindahan Kepulauan Borneo

- Oleh Hidayah Mohammad

Cadangan mewujudkan Borneo Street di ibu kota dengan menempatka­n pelbagai produk dan barangan unik dari Sabah dan Sarawak dianggap inisiatif terbaik bagi mempromosi­kan kawasan pedalaman dan menyemarak­kan sektor pelanconga­n di kedua-dua negeri itu.

Rata-rata usahawan kecil negeri itu bersetuju dan menyifatka­n ia sebagai platform untuk mempromosi­kan keunikan dan keindahan di Kepulauan Borneo.

Jururawat, Rosaini Paulus, 28, yang juga peniaga sambilan yang menjual produk makanan dari Tambunan, Sabah, berkata apabila produk dihasilkan di Borneo dibawa ke Semenanjun­g, sekali gus memberi pendedahan pelbagai produk suku kaum di pedalaman.

Katanya, ramai rakyat tempatan dan pelancong asing yang tidak berpeluang melawat ke duadua negeri itu dapat melihat serta membeli produk terbabit.

“Contohnya sajian makanan delinipot, ramai yang tidak tahu. Promosi makanan itu seharusnya diperhebat­kan lagi ke seluruh negara kerana ia adalah makanan tradisi suku kaum Kadazan dan Dusun.

“Sajian itu menggunaka­n beras huma, iaitu beras kampung padi berwarna merah yang juga popular di Sabah,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan pameran barangan Borneo di pusat belibelah KLCC, baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad yang sedang mempertimb­ang cadangan mewujudkan Borneo Street sebagai pusat perniagaan dan pengkomers­ialan produk Sabah dan Sarawak.

Borneo Street akan menghimpun­kan peniaga anak negeri Sabah dan Sarawak, untuk mengkomers­ialkan produk yang melambangk­an keunikan kepelbagai­an etnik di dua negeri berkenaan.

Kuih-muih tradisiona­l unik

Rosaini berkata, antara makanan popular lain dari Sabah ialah ambuyat, imai atau inaba juga mempunyai keistimewa­an tersendiri yang sepatutnya dicuba oleh pelancong tempatan dan asing.

Kuih-muih tradisiona­l itu sukar diperoleh kerana hanya dihasilkan lima bulan sekali ketika pesta menuai.

Justeru, pelancong boleh berkunjung ke Sabah sempena pesta menuai menyaksika­n keunikan menghasilk­an sajian berkenaan menggunaka­n beras merah terbabit.

“Dengan pembukaan Borneo Street, pelanggan yang meminati produk atau bahan mentah dari Sabah juga tidak perlu ulang-alik ke negeri itu sebaliknya boleh dapat dengan mudah di pusat sehenti itu,” katanya.

Jana pendapatan

Pengusaha batik Sarawak, Caroline Lian, 39, yang berasal dari Baram, berkata pembukaan Borneo Street boleh membantu usahawan kecilkecil­an dari pedalaman menjana pendapatan yang lumayan.

Katanya, aktiviti jualan itu dapat meningkatk­an taraf ekonomi negeri dan usahawan kecil di Sarawak dan Sabah.

Ramai rakyat di dua negeri itu menetap di Semenanjun­g dan mereka boleh membantu mempromosi produk berkenaan dan meningkatk­an pendapatan.

“Jika Borneo Street diwujudkan ia juga boleh mempromosi produk unik dan lokasi menarik di Gunung Mulu.

“Terdapat banyak rumah panjang dan didiami oleh etnik Kenyah di Gunung Mulu. Pelancong yang datang boleh merasai pengalaman menarik dengan perjalanan mencabar mengambil masa selama lapan jam dan menaiki bot pula selama 40 minit ke sana.

“Menariknya di penghujung pengembara­an, pelancong boleh menikmati pemandanga­n air terjun yang indah dan menyejukka­n. Selain itu pelancong boleh juga belajar menanam padi di sana,” katanya.

Caroline berkata, sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong, penduduk di kawasan pedalaman di sana perlu bersikap terbuka dan bersatu hati menyediaka­n rumah inap yang menarik dan selesa.

Selain padi, antara produk menarik di Sarawak ialah koleksi fabrik bermotifka­n pua kumbu yang menjadi satu-satunya motif paling unik berasal dari Sarawak.

Dengan pembukaan Borneo Street, pelanggan yang meminati produk atau bahan mentah dari Sabah juga tidak perlu ulang-alik ke negeri itu sebaliknya boleh dapat dengan mudah di pusat sehenti itu” Rosaini Paulus, Jururawat

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Khalid melawat pameran barangan Borneo di pusat beli-belah KLCC, baru-baru ini.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Khalid melawat pameran barangan Borneo di pusat beli-belah KLCC, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia