Berita Harian

Perlu lokasi strategik tarik kunjungan pelancong

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menyediaka­n Borneo Street untuk memasarkan produk keluaran usahawan dari Sabah dan Sarawak di lokasi yang strategik bagi memudahkan pelancong dalam serta luar negara mengunjung­inya.

Pengerusi dan Penasihat Persatuan Warisan Sabah Sarawak di Kuala Lumpur dan Selangor, Dr Lawrence John, berkata banyak produk kraftangan yang menarik dihasilkan terutama makanan dan pakaian.

Katanya, masih ramai penduduk di negara ini tidak tahu dan mengenali produk keluaran dari pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak berikutan kurang pendedahan dan promosi berkaitann­ya.

“Usaha itu sekali gus menggalakk­an masyarakat Sabah dan Sarawak aktif menjalani perniagaan dan meningkatk­an sumber pendapatan mereka.

“Pelancong pula sentiasa inginkan sesuatu yang berbeza dan unik untuk dibawa balik sebagai cenderahat­i dan kenang-kenangan,” katanya.

Beliau berkata, apabila produk itu dibawa ke ibu kota ia akan memperluas­kan lagi mempromosi produk, selain lokasi menarik dari mana barangan itu dihasilkan.

Jadi orang tengah

Katanya, sekiranya pembeli dalam kalangan pelancong tertarik dengan produk yang dihasilkan secara tidak langsung ia dapat mempromosi­kan tempat berkenaan.

“Dianggarka­n lebih 500,000 anak jati Sabah dan Sarawak direkodkan menetap di Semenanjun­g.

“Mereka boleh bertindak menjadi orang tengah yang membawa produk berkenaan.

“Produk yang ditonjolka­n kirakira 40 hingga 50 peniaga bukan dibawa 100 peratus tetapi hanya 20 peratus saja. Namun sekiranya pelancong ingin tahu lebih mendalam mereka boleh melancong ke Sabah dan Sarawak.

“Mereka juga boleh menikmati pemandanga­n alam semula jadi yang menakjubka­n dan merasai pengalaman sendiri penduduk setempat,” katanya.

Beliau menyasarka­n Borneo Street juga akan dibuka di United Kingdom (UK) dengan menfokus kepada francais dan mengekalka­n standard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia