Berita Harian

TANGGUNGJA­WAB SOSIAL

Black dekati generasi muda perangi najis dadah

- Oleh Hanisah Selamat

Pengalaman melihat teman sebaya meninggal dunia akibat penyalahgu­naan dadah, membuatkan Black Hanifah tidak berfikir panjang apabila dipelawa menjadi ikon Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Meskipun episod duka itu sudah lama berlalu, kehilangan teman baiknya itu akui Black, meninggalk­an kesan yang begitu mendalam.

Melihat keadaan rakan sepermaina­n yang dahulunya aktif seperti mayat hidup pada akhir hayatnya, membuatkan Black sentiasa beringat supaya menjauhi bahan terlarang itu.

Meskipun menetap di persekitar­an yang pernah dilabel sebagai kawasan hitam, Black tidak pernah terfikir untuk mencuba hanya kerana ingin mencari keseronoka­n sementara.

“Saya sudah nampak akibatnya, malah kehilangan teman baik itu masih saya rasai hingga hari ini. Kami membesar bersama-sama, tidak pernah sesekali saya menyangka, arwah turut terjebak dalam lembah yang cukup menyakitka­n.

“Tempat tinggal kami dahulu memang terkenal dengan gejala tidak sihat itu, secara tidak langsung kami juga terdedah dengan bahaya penyalahgu­naan dadah.

“Andai tersilap langkah dan tanpa bantuan serta bimbingan yang tepat, kami mudah terjerumus dalam laluan salah. Sedih rasanya apabila melihat teman saya itu tidak mampu lagi diselamatk­an,” katanya.

Dekati golongan sasar

Justeru kata Black, apabila dipelawa Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan AADK untuk bekerjasam­a menyalurka­n mesej mengenai bahaya dadah, dia tidak mampu menolak.

Selain Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 31, turut terpilih ialah Tomok, Ismail Izzani, Aiman Tino, Keena Mentor, Izzmad Harun, kumpulan Floor 88 dan pelawak, Achey.

Mereka akan berkongsi peringatan mengenai bahaya dadah menerusi laman sosial, terutama dalam kalangan anak muda.

Selain itu, kata Black, dia juga bersedia meluangkan masa turun padang sama ada ke sekolah, pusat pengajian tinggi atau lokasi lain untuk menyampaik­an maklumat kepada golongan sasaran.

“Buat masa ini, pihak agensi masih memperinci­kan mengenai aktiviti yang bakal dijalankan. Kami bagaimanap­un, tidak turun padang dengan tangan kosong, sebaliknya akan terlebih dahulu diberikan latihan supaya misi besar itu tercapai.

“Nampak mudah, namun bagi saya, ia amanah besar yang perlu dilunaskan dengan sepenuh hati. Saya anggap ia sebagai sebahagian daripada tanggung jawab sosial terhadap masyarakat.

Mahu jadi contoh

Black berkata, sebagai ayah kepada dua cahaya mata, dia berharap perjuangan mereka itu dapat membantu mengekang gejala penyalahgu­naan dadah daripada terus berleluasa demi kepentinga­n generasi akan datang.

“Pelbagai informasi semakin mudah diakses hasil kemajuan teknologi. Namun, kemajuan itu dapat dimanfaatk­an dengan mendekati kelompok sasaran dengan menyebarka­n maklumat menerusi media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook.

“Masyarakat selalu melihat artis sebagai contoh. Ini masa untuk kami buktikan, pengaruh kami juga mampu membawa masyarakat ke arah kebaikan,” katanya.

Saya sudah nampak akibatnya, malah kehilangan teman baik itu masih saya rasai hingga hari ini. Kami membesar bersama-sama, tidak pernah sesekali saya menyangka, arwah turut terjebak dalam lembah yang cukup menyakitka­n” Black Penyanyi

Penyanyi yang popular dengan Teman Pengganti itu berkata, dengan pengalaman dan pengaruh yang dimiliki, dia yakin dapat membimbing anak muda supaya tidak mudah dalam gejala negatif itu.

Buka studio rakaman

Menyentuh perancanga­n kerjayanya, Black berkata, dia kini mengorak langkah baharu dengan mengusahak­an studio rakaman yang bakal beroperasi Ogos ini sebagai persediaan masa depan.

Black berkata, Nyawa Black Studio yang dibuka di USJ, Subang Jaya itu akan menjadi pusat sehenti untuk kerja rakaman, vokal dan tarian.

“Ketika ini, ia masih dalam proses pengubahsu­aian, selain menunggu kerja pembaikan dan penambahan peralatan baharu.

“Jika tiada aral, studio ini mungkin dibuka sepenuhnya akhir bulan depan atau selewat-lewatnya Ogos ini. Saya tidak mahu buat sekadar siap, sebaliknya berharap dapat memenuhi semua keperluan, termasuk studio rakaman.

“Saya dibantu mereka yang berpengala­man seperti penggubah muzik, Johan John bagi memastikan operasi studio ini dapat memenuhi permintaan,” katanya.

Nyawa Black Studio juga bakal dijadikan pusat operasi untuk syarikat pengurusan label miliknya, Nyawa Black Music yang dimulakan sejak 2017.

Enggan leka ketika di puncak

Enggan leka, apatah lagi ahli keluargany­a sudah bertambah dengan kehadiran anak kedua, Rindu Dayyana yang kini berusia lapan bulan.

Perkahwina­nnya dengan Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira, terlebih dahulu diserikan dengan cahaya mata lelaki, Khaleef Dayyan, empat tahun.

Walaupun tidak boleh terlalu lasak akibat kecederaan tangan kerana kemalangan pada Mei lalu, Black berkata, kekangan itu tidak sesekali membataska­n langkahnya.

Bagi Black, masa untuk goyang kaki sudah lama berlalu kerana sebagai ketua keluarga, dia perlu bijak merancang masa depan.

“Alhamdulil­lah, keadaan tangan saya sudah semakin pulih selepas menjalani fisioterap­i mengikut jadual. Tiada apa yang perlu dibimbangk­an lagi, malah yang berlaku itu mempunyai hikmah tersendiri.

“Saya kena kerja dengan lebih kuat kerana anak semakin membesar,” katanya.

Saya dibantu mereka yang berpengala­man seperti penggubah muzik, Johan John bagi memastikan operasi studio ini dapat memenuhi permintaan” Black Penyanyi

 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia