Berita Harian

PPK kena jadi ‘mata dan telinga’ pantau penyelewen­gan subsidi baja

-

Isu penyelewen­gan subsidi baja padi diutarakan BH baru-baru sebenarnya sudah lama berakar umbi. Jika anda pembaca tegar akhbar ini, pasti akan teringat laporan berita tangkapan bersabit isu baja padi subsidi kerajaan.

Persoalann­ya sekian lama tangkapan demi tangkapan dibuat, isu ini tidak juga selesai. Kenapa dan di mana silapnya? Sepatutnya setakat sekali dua tangkapan, selesailah masalah. Penyelewen­gan ini pastinya berdasarka­n fakta ada permintaan dan penawaran.

Apabila isu ini dibangkitk­an, imej jelas yang pasti timbul ialah petani. Kesalahan seolaholah diletakkan kepada petani sahaja walaupun mungkin ada sebilangan kecil terbabit.

Ringankan kos

Bagi petani pemberian subsidi baja padi oleh kerajaan amatlah diharapkan. Ia membantu meringanka­n kos tinggi untuk mengusahak­an sawah. Kerana itulah apabila kerajaan memotong sesetengah subsidi petani kecewa. Petani juga kecewa apabila penyelewen­gan berlaku.

Ada beberapa faktor menyumbang penyelewen­gan. Kadang-kadang baja padi subsidi yang diseleweng itu dicuri daripada simpanan petani, cuma perkara ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Kes kecurian sering berlaku selepas kerja penghantar­an oleh pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Ada kes di mana selepas diturunkan baja dari lori PPK, tidak lama pula datang lori pencuri menaikkan semula baja terbabit. Katanya baja silap dihantar. Pencuri ini kadang kala pembekal kepada kilang haram.

Penggunaan dan kesesuaian tanah juga menjadi punca kerana ada petani tidak dapat memanfaatk­an sepenuhnya baja diperuntuk­kan kerana kesesuaian tanah. Contohnya kawasan lembab dan subur mungkin penggunaan baja urea perlu dikurangka­n bagi memastikan pokok padi terlalu subur dan rebah sebelum padi dituai.

Elak pembaziran

Mungkin ada lebihan baja yang kemudian dijual tanpa menyedari ia salah di sisi undangunda­ng. Jadi untuk mengatasi hal lebihan sebegini satu kajian patut dibuat semula untuk mencari kesesuaian jenis baja atau vitamin diperlukan.

Untuk mengelak pembaziran, pegawai pertanian kawasan sepatutnya menyedari keperluan input pertanian untuk kawasan yang dipertangg­ungjawabka­n.

Data Pemutihan Maklumat Petani adalah satu langkah betul pihak kerajaan untuk mengatasi penyelewen­gan. Memang tidak dinafikan ada sesetengah kawasan tanah sawah bertukar menjadi kawasan tanaman lain, kawasan perumahan atau kampung tempat tinggal anak petani. Namun masih berstatus tanah sawah.

Perkara ini sepatutnya bukanlah isu besar kerana setiap kawasan sawah mempunyai PPK yang diselia pengurus, kakitangan tambahan dibantu ketua-ketua unit kawasan. Mereka adalah ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan. Jika didapati ada kesalahan, tindakan boleh diambil dengan segera.

Kita menggesa kerajaan mengenakan hukuman lebih berat untuk kesalahan menyelewen­g dana kerajaan. Begitu juga kepada mana-mana kilang atau industri yang membeli baja subsidi kerajaan, supaya ia tidak berulang lagi.

Bagi petani yang menjual baja subsidi kerajaan pula, perlu ingat ia adalah salah di sisi undang-undang.

Idris Ismail,

Ahli PPK Mata Air Perlis.

Kita menggesa kerajaan kenakan hukuman lebih berat untuk kesalahan menyelewen­g dana kerajaan. Begitu juga kepada mana-mana kilang atau industri yang membeli baja subsidi kerajaan, supaya ia tidak berulang lagi”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia