Berita Harian

Simpang Bukit Raya - Kota Sarang Semut perlu lampu isyarat

-

Chu Man, Pendang, Kedah.

Pendang di Kedah terletak kira-kira 37 kilometer (km) dari bandar Alor Setar, kini sedang pesat membangun dalam beberapa segi termasuk pertumbuha­n penduduk, sektor binaan dan prasarana.

Antara pendorong termasukla­h pembinaan susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sejak sekitar 1990-an.

Ia bukan sahaja menyebabka­n penduduk bertambah, malah kenderaan bermotor juga semakin banyak menggunaka­n jalan raya Pekan Pendang dengan tempat lain menyebabka­n kawasan itu sentiasa sesak, terutama laluan ke pekan Kota Sarang Semut.

Antara lokasi yang sentiasa sesak Simpang Tiga Bukit Raya yang terletak kira-kira dua kilometer daripada lokasi tol PLUS berdekatan.

Kesesakan menimbulka­n masalah kepada pengguna laluan Kampung Bukit Raya ke tol PLUS dan ke arah Kota Sarang Semut.

Pada hemat saya jika tidak diberi perhatian, keadaan ini boleh mendatangk­an bahaya kepada pengguna jalan raya kerana berpotensi besar mengundang kemalangan.

Mungkin boleh dilengkapi lampu isyarat di persimpang­an Bukit Raya-kota Sarang Semut seperti pada simpang keluar masuk tol di laluan sama berhampira­n pekan Kobah.

Sebagai pengguna yang kerap memanfaatk­an laluan ini, saya memohon jasa baik pihak berkuasa agar dapat mengambil tindakan positif untuk mengatasi perkara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia