Berita Harian

Jaga kebersihan sungai tanggungja­wab seluruh rakyat

-

lagi kejadian pencemaran hampir sama pernah berlaku di Sungai Kim Kim melanda Pasir Gudang. Kali ini membabitka­n 27 mangsa yang sesak nafas dan muntah sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Nampaknya kita belum belajar daripada insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim pada Mac lalu yang mengakibat­kan 111 sekolah di daerah itu terpaksa ditutup, selain menjejaska­n lebih 4,000 pendudukny­a.

Masalah dikatakan berpunca daripada tindakan tidak bertanggun­gjawab pihak tertentu yang membuang sisa kimia ke sungai terbabit.

Malangnya selepas tiga bulan kejadian pencemaran Sungai Kim Kim kita dikejutkan lagi dengan insiden hampir sama yang sepatutnya tidak berlaku.

Mengambil kira Pasir Gudang adalah kawasan industri, seharusnya pihak berkuasa tempatan melakukan penguatkua­saan ketat untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.

Perlu ada pemantauan berterusan untuk memastikan kilang mengeluark­an sisa kimia berbahaya melakukan pelupusan secara sepatutnya dengan mengambil kira kepentinga­n aspek alam sekitar dan keselamata­n penduduk tempatan.

Harus diingat pencemaran disebabkan sikap tidak bertanggun­gjawab pengusaha kilang terbabit apabila membuang sisa kimia secara haram ke sungai.

Usah pandang ringan

Seharusnya pencemaran sungai tidak boleh dipandang ringan selain memerlukan penjagaan supaya ia kekal terpelihar­a hingga ke generasi akan datang.

Sudah tiba masanya, rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan usia dan masyarakat bertindak pro aktif memulihara alam sekitar memastikan kebersihan sungai.

Rasa tanggungja­wab kekalkan kebersihan sungai perlu disemai dari usia muda demi memastikan kesinambun­gan sungai sebagai nadi kehidupan manusia.

Kasih Alam,

Shah Alam, Selangor.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kes pencemaran Sungai Kim-kim tidak boleh dipandang ringan, ia memerlukan penjagaan supaya kekal terpelihar­a hingga ke generasi akan datang.
[FOTO HIASAN] Kes pencemaran Sungai Kim-kim tidak boleh dipandang ringan, ia memerlukan penjagaan supaya kekal terpelihar­a hingga ke generasi akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia