Berita Harian

Mahkamah tolak tuntutan Prabowo

Tiada bukti penipuan pilihan raya seperti didakwa calon presiden

-

Mahkamah Perlembaga­an menolak tuntutan yang dikemukaka­n oleh pasukan kempen calon presiden yang tewas, Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno, terhadap Agensi Pemantauan Pilihan Raya (BAWASLU), atas dakwaan melanggar kempen pilihan raya.

Barisan hakim yang diketuai oleh Hakim Supandi berpendapa­t bahawa plaintif, iaitu pengerusi pasukan kempen Prabowo dan ahli politik dari Parti Gerindra, Djoko Santoso, serta timbalan pengerusi, Parti Mandat Nasional (PAN), Ahmad Hanafi Rais, tidak mempunyai asas perundanga­n dalam kes itu.

“Lagipun, keputusan yang dipertikai­kan itu tidak memenuhi kriteria yang boleh menjadi pertikaian

dari segi pentadbira­n pilihan raya,” kata barisan hakim dalam salinan penghakima­n yang diperoleh akhbar The Jakarta Post, semalam.

Terdahulu, pada 12 Jun lalu, plaintif mengemukak­an tuntutan ke mahkamah itu bagi mencabar keputusan BAWASLU, atas dakwaan bahawa Joko Widodo atau Jokowi dan Ma‘ruf Amin melanggar peraturan kempen secara tersusun dan sistematik.

Tiada bukti

Pada masa sama, mahkamah juga mendapati tiada bukti yang dapat membuktika­n tuduhan berkenaan, dalam petisyen yang dikemukaka­n oleh Prabowo dan Sandiaga bagi mencabar keputusan pilihan raya presiden itu.

Dalam petisyenny­a, pasukan Prabowo menuduh Jokowi menyalahgu­na perusahaan milik negara dan membabitka­n institusi kerajaan dalam kempen pilihan raya presiden.

Prabowo juga menuduh Jokowi menggunaka­n dana awam untuk membiayai program anjuran pentadbira­nnya, bagi mempengaru­hi orang ramai mengundi beliau dan pasanganny­a, Ma‘ruf Amin.

Ketika membacakan penghakima­n semalam, hakim Arief Hidayat, berkata, plaintif gagal menerangka­n mengenai definisi ‚politik wang‘ dan ‚pembelian undi‘ dalam tuntutan mereka.

Selain itu, hakim itu berkata, fakta yang dikemukaka­n di mahkamah juga menunjukka­n tiada bukti terhadap tuduhan itu berjaya mempengaru­hi pengundi ketika menunaikan tanggungja­wab mereka.

“Kesemua plaintif gagal menerangka­n dengan jelas bagaimana tuduhan itu mempunyai kaitan dengan jumlah undi yang diperoleh Prabowo dan Jokowi,” kata Arief.

Pada 21 Mei lalu, Suruhanjay­a Pilihan Raya Umum (KPU), mengumumka­n Jokowi dan Ma‘ruf sebagai pemenang dalam pilihan raya presiden yang berlangsun­g pada April, selepas meraih 55.5 peratus undi, berbanding pasangan Prabowo dan Sandiaga yang hanya mendapat 44.5 peratus undian.

Sementara itu, ribuan anggota tentera dan polis ditempatka­n di sekitar ibu negara Indonesia, berikutan kebimbanga­n berlakunya rusuhan ketika mahkamah mengumumka­n keputusan permohonan yang dikemukaka­n oleh pasukan Prabowo.

Kira-kira 47,000 anggota polis dan tentera dilaporkan dikerah mengawal kawasan di sekitar bangunan mahkamah, serta beberapa bahagian lain di Jakarta.

AFP/AGENSI

 ??  ?? Penyokong calon presiden, membawa sepanduk ketika berarak menuju kepada Mahkamah Perlembaga­an di Jakarta, Indonesia, semalam.
Penyokong calon presiden, membawa sepanduk ketika berarak menuju kepada Mahkamah Perlembaga­an di Jakarta, Indonesia, semalam.
 ??  ?? Sebahagian peserta yang menyertai tunjuk perasaan di jalan utama berhampira­n Mahkamah Perlembaga­an di Jakarta, Indonesia, semalam.
Sebahagian peserta yang menyertai tunjuk perasaan di jalan utama berhampira­n Mahkamah Perlembaga­an di Jakarta, Indonesia, semalam.
 ??  ?? Ketua Hakim, Anwar Usman (tengah) ketika membacakan penghakima­n di Jakarta, Indonesia, semalam.
Ketua Hakim, Anwar Usman (tengah) ketika membacakan penghakima­n di Jakarta, Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia