Berita Harian

Pelajar Australia ditahan di Korea Utara

-

Sydney: Australia sedang berusaha mendapatka­n pengesahan berhubung nasib seorang pemandu pelancong dan pelajar berusia 29 tahun, yang dikhuatiri ditahan di Korea Utara.

Alek Sigley, yang fasih bertutur dalam bahasa Korea adalah antara pelajar dari Barat yang tinggal di Pyongyang dan beliau dipercayai ditahan kira-kira tiga hari lalu.

Dalam satu kenyataan, keluarga Sigley berkata, setakat ini, tiada pengesahan diberikan mengenai penahanann­ya.

“Sehingga kini, Alek masih belum menghubung­i ahli keluarga dan rakannya sejak pagi Selasa lalu (waktu Australia), yang dianggap sebagai janggal kerana beliau jarang berbuat demikian,” kata kenyataan itu.

Sigley yang berasal dari Perth, Australia Barat belajar kesusaster­aan Korea di Universiti Kim Il Sung sejak 2018, selain mengendali­kan syarikat pelanconga­n yang mengkhusus kepada aktiviti melancong di Korea Utara.

Beliau juga dilaporkan sudah berkahwin dengan wanita warga Jepun dalam satu majlis yang berlangsun­g di Pyongyang, tahun lalu.

Pada masa sama, Sigley juga sering memuat naik pelbagai mesej dan artikel mengenai kehidupann­ya di Pyongyang ke blog.

Blog itu turut memaparkan pelbagai kisah mengenai keindahan lokasi tempat makan di bandar raya itu dan isu politik yang dianggap sensitif. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia