Berita Harian

Ribuan penduduk berpindah

Gunung Ulawun muntahkan debu paksa 5,000 selamatkan diri

-

Gunung berapi meletus menyebabka­n sebuah bandar di sini, diselaputi debu, selain memaksa kira-kira 5,000 penduduk meninggalk­an kediaman masing-masing.

Gunung Ulawun, iaitu salah satu gunung berapi paling berbahaya di dunia, mula memuntahka­n lahar dan asap ke udara sejak kelmarin.

Seorang pemimpin masyarakat, Chris Lagisa, berkata orang ramai berkumpul di dewan sebuah gereja sebelum menyelamat­kan diri menggunaka­n lori, trak dan kenderaan pacuan empat roda, sambil memegang bungkusan mengandung­i barang peribadi.

Sementara itu, di Kimbe, debu berwarna kelabu dilihat setinggi lebih 13 kilometer di udara, mengakibat­kan suasana siang bertukar menjadi malam, dan ia turut menyelaput­i kenderaan serta kediaman.

Pada masa sama, penduduk yang turun dari kawasan gunung dinasihatk­an mengelak daripada terkena debu berkenaan, kerana ia menyebabka­n masalah pernafasan, kulit dan kerengsaan mata.

Bahagiah kawah runtuh

Gambar gunung berapi yang berjaya dirakamkan pada awal pada semalam, menunjukka­n pelepasan debu semakin berkuranga­n.

“Beberapa bahagian kawah gunung didapati runtuh, sekali gus memudahkan aliran debu dan lahar ke bawah,” kata ketua juruukur geodesi, Balai Cerap Gunung Berapi Rabaul, Steve Saunders.

Laporan awal jawatankua­sa bencana wilayah mendapati aliran lahar menutup jalan utama di kawasan pantai.

Berikutan itu, Saunders berkata, mereka akan menghantar kakitangan di kawasan Ulamona bagi memantau keadaan, sekiranya letusan gunung berapi itu berterusan.

“Kami sedang memantau keadaan dari Balai Cerap Gunung Berapi Rabaul dan mempunyai akses kepada data dari satelit,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat penerbanga­n tempatan, Air Niugini membatalka­n semua jadual penerbanga­n masuk ke Lapangan Terbang Hoskins di Kimbe dan Pusat Pemantauan Debu Gunung Berapi Darwin mengeluark­an amaran merah kepada syarikat penerbanga­n antarabang­sa. AFP

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Gunung Ulawun mula memuntahka­n lahar sekali gus memaksa penduduk di sekitarnya menyelamat­kan diri.
[ FOTO AFP ] Gunung Ulawun mula memuntahka­n lahar sekali gus memaksa penduduk di sekitarnya menyelamat­kan diri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia